Rohani Abdul Rahim, and Muhammad Amin Nasrin Mohd Zuki, and Mohamad Roashaaree Ab Rahim,, and Aiman Aizuddin Junaidi, and Mohd Shukor Abdul Mumin, (2019) Mobiliti pekerja migran tidak mahir ke Malaysia: implikasi sosial dan perundangan negara. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 25 . pp. 81-97. ISSN 1394-7729
|
PDF
398kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1243
Abstract
Malaysia memiliki perancangan pembangunan ekonomi yang rancak menjelang Transformasi Nasional 2050. Pembangunan ini berkait rapat dengan keperluan kepada kelestarian sumber buruh yang diperlukan untuk menggerakkan perancangan ini. Bersama-sama dengan sumber buruh tempatan, sumber migran daripada luar negara menjadi pilihan majikan yang kebanyakan mereka tergolong kepada pekerja tidak mahir yang dibawa masuk secara sah, dieksploitasi sebagai mangsa pemerdagangan manusia atau diseludup masuk ke Malaysia secara tanpa izin untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor ekonomi. Ini membina fenomena lambakan pekerja migran tidak mahir. Situasi kurang sihat ini mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara. Sebagai imbalan, pelbagai dasar dibentuk oleh kerajaan untuk mengawal keadaan tetapi masih kurang berkesan bagi mengatasi persoalan mobiliti retas sempadan hampir tanpa had. Kesannya, ia memburukkan lagi masalah sosial dan perundangan melibatkan pekerja migran dengan berlakunya kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI). Faktor penarikan dan penolakan ini menimbulkan kesan kepada masyarakat tempatan serta pencerobohan terhadap sempadan negara akibat aktiviti tidak sihat yang dibawa bersama dengan mobiliti dan kemasukan secara haram. Ini menjejaskan keselamatan dan citra Malaysia sebagai negara berdaulat. Pengalaman negara luar dalam mengurus pekerja tidak mahir dirujuk untuk memahami masalah penggajian pekerja tidak mahir. Artikel ini akan menyingkap faktor keperluan negara terhadap pekerja migran mahir, sektor ekonomi yang menggaji pekerja migran tidak mahir, kelayakan kemasukan sebagai pekerja migran sah; permasalahan pencerobohan sempadan negara; implikasi lambakan pekerja migran tidak mahir dalam sektor ekonomi, keselamatan masyarakat sosial dan pematuhan terhadap perundangan negara.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pekerja tidak mahir; PATI; Implikasi sosial; Penguatkuasaan undang-undang |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 14864 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Jul 2020 08:39 |
Last Modified: | 10 Jul 2020 07:40 |
Repository Staff Only: item control page