Pelestarian permainan muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan

Nur Hazirah, and Ros Mahwati Ahmad Zakaria, (2020) Pelestarian permainan muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (2). pp. 11-18. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
398kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/

Abstract

Muzik merupakan salah satu hiburan yang lahir daripada kearifan tempatan masyarakat setempat. Negeri Kelantan mempunyai beberapa permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Pantai Timur Semenanjung. Satu daripadanya ialah kertuk. Kajian ini dijalankan bagi membincangkan pelestarian muzik kertuk dalam kalangan penduduk di negeri Kelantan. Muzik kertuk merupakan satu warisan seni budaya tempatan yang jarang diketahui oleh generasi muda terutamanya di Kelantan. Justeru itu, bagi melihat pelestarian instrumen ini di Kelantan baik daripada segi pembuatan mahupun budaya permainan kertuk dalam kalangan masyarakat Kelantan, kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah gabungan yang melihat kepada kajian kepustakaan, temu bual dan survei umum menggunakan media sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa muzik kertuk masih diketahui oleh masyarakat di Kelantan tetapi ramai yang tidak pernah melihatnya dalam hidup mereka. Maklumat muzik kertuk yang mereka ketahui adalah daripada sumber buku atau daripada generasi terdahulu dan hanya segelintir sahaja yang pernah mendengar secara langsung. Dapatan kajian ini menguatkan langkah pelestarian yang diperlukan untuk melestarikan warisan muzik kertuk Kelantan dan golongan masyarakat perlulah lebih cakna dan prihatin dalam menyokong usaha penggiat-penggiat seni yang ada di negeri berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:Pelestarian; Kertuk; Kelantan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14879
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2020 03:20
Last Modified:21 Jul 2020 06:04

Repository Staff Only: item control page