Eksploitasi maksim Grice lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu: analisis dalam filem Dayang Senandong (1965)

Norhidayu Hasan, and Zaitul Azma Zainon Hamzah, and Nor Azuwan Yaakob, and Fazilah Husin, (2020) Eksploitasi maksim Grice lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu: analisis dalam filem Dayang Senandong (1965). International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (2). pp. 25-39. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
345kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/

Abstract

Eksploitasi adalah istilah yang digunakan oleh Grice (1975) untuk merujuk pelanggaran maksim perbualan yang dilakukan penutur. Dalam Prinsip Kerjasama yang diasaskan oleh Grice (1975), terdapat empat maksim yang perlu dipatuhi oleh penutur bagi membantu menghasilkan komunikasi yang jelas selain mengurangkan salah faham. Namun, maksim ini sering dieksploitasi oleh penutur untuk menghasilkan implikatur. Eksploitasi maksim sering terjadi dalam komunikasi masyarakat Melayu sebagai satu lambang kehalusan berbahasa masyarakat Melayu. Fokus utama kajian ini adalah menganalisis ujaran yang terhasil daripada eksploitasi maksim Grice dalam komunikasi masyarakat Melayu dengan menggunakan filem sebagai sumber data. Bagi tujuan ini, analisis dilakukan pada dialog filem Melayu bertajuk Dayang Senandong yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini dipilih kerana ia merupakan filem yang mempunyai satu gambaran dan panduan yang kukuh terhadap budaya dan bahasa masyarakat Melayu zaman dahulu. Prinsip Kerjasama Grice (1975) dan Teori Relevans (1986) telah diterapkan dalam penganalisisan data yang terpilih. Berdasarkan data yang terkumpul terdapat 16 ujaran yang mengeksploitasi maksim Grice iaitu maksim kualiti, kuantiti, dan cara. Manakala, maksim hubungan tidak dieksploitasi dalam dialog filem tersebut. Eksploitasi maksim dalam komunikasi masyarakat Melayu melalui filem ini jelas membuktikan nilai kehalusan berbahasa masyarakat Melayu dengan penggunaan implikatur yang memerlukan pemahaman makna yang mendalam bagi menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat.

Item Type:Article
Keywords:Eksploitasi; Maksim Grice; Masyarakat Melayu; Teori relevans; Filem
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14881
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2020 03:29
Last Modified:21 Jul 2020 07:33

Repository Staff Only: item control page