Ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio IKIMFM

Nur Amirah Che Soh, (2020) Ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio IKIMFM. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (2). pp. 41-49. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
300kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/

Abstract

Ambilan giliran bertutur merupakan pergantian yang berlaku dalam kalangan peserta perbualan. Setiap perbualan berlaku secara semula jadi dan tanpa sebarang skrip ataupun perancangan giliran. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio dengan memilih data perbualan menerusi radio. Radio IKIMfm merupakan salah satu radio yang berdaftar dengan SKMM dan menggunakan 95% bahasa Melayu sebagai medium penyampaian. Radio berkonsepkan islamik menyajikan beberapa segmen rancangan seperti Warna Pagi, Aspirasi, Destinasi dan Ekspresi. Sebahagian besar slot dalam radio IKIMfm ini berbentuk bual bicara interaktif yang melibatkan tanya jawab dalam perbualan. Tanya jawab ini yang menyebabkan berlakunya ambilan giliran bertutur dalam kalangan peserta bual bicara. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan dihuraikan berdasarkan objektif kajian, iaitu mengenal pasti ambilan giliran bertutur dalam bual bicara radio IKIMfm. Perbincangan akan dilakukan berfokuskan pada slot Keajaiban Berlapar menerusi Usrah Nurani segmen Destinasi dengan memanfaatkan Teori Pengambilan Giliran yang dipelopori oleh Sacks, Schegloff dan Jefferson (1974) dan dikemukakan semula oleh Liddicoat (2011). Liddicoat (2011) telah menggariskan tiga aturan ambilan giliran, iaitu penutur semasa memilih penutur berikutnya, pemilihan diri sendiri sebagai penutur berikutnya dan penutur semasa meneruskan perbualan. Hasil dapatan kajian mendapati ketiga-tiga peraturan pengambilan giliran yang dikemukakan dalam Teori Pengambilan Giliran oleh Liddicoat (2011) berlaku dalam kalangan peserta bual bicara radio slot Keajaiban Berlapar, Usrah Nurani. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan ambilan giliran bertutur yang berlaku dalam bual bicara radio yang menunjukkan bahawa kepentingan ilmu pengambilan giliran semasa berbual.

Item Type:Article
Keywords:Giliran bertutur; Radio; Perbualan; Peserta perbualan; Bual bicara
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14882
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2020 03:39
Last Modified:21 Jul 2020 07:38

Repository Staff Only: item control page