Entri dialek Melayu Brunei ke dalam bahasa Bajau: satu catatan awal

Saidatul Nornis Hj. Mahali, (2020) Entri dialek Melayu Brunei ke dalam bahasa Bajau: satu catatan awal. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (2). pp. 63-77. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/

Abstract

Bahasa Bajau merupakan salah satu bahasa yang dituturkan di Sabah. Ia merupakan bahasa yang menjadi medium interaksi dalam kalangan penutur bahasa Bajau di seluruh Sabah. Bahasa ini turut memperlihatkan variasi antara pantai barat dan timur Sabah. Meskipun terdapat dua variasi dalam bahasa ini namun, kedua-duanya masih tergolong dalam kategori rumpun keluarga bahasa Sama-Bajaw dalam rumpun bahasa Austronesia. Seperkara yang sangat ketara jelas membezakan antara bahasa Bajau di barat dan timur Sabah adalah entri daripada dialek Melayu Brunei. Didapati entri dialek Melayu Brunei itu menjadi sebahagian daripada leksikal dalam Bahasa Bajau di barat Sabah. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan perbandingan dilakukan antara 100 entri bahasa Bajau yang dibandingkan dengan entri Kamus Melayu Brunei (1991). Kesemua leksikal berkenaan memaparkan maksud serupa dan kesemuanya masih digunakan dalam proses interaksi orang-orang Bajau di pantai barat Sabah. Meskipun demikian, didapati terdapat proses inovasi leskikal dan semantik yang berlaku dalam bahasa Bajau. Seyogia, diperlihatkan bahawa bahasa Bajau sememangnya menerima entri daripada dialek Melayu Brunei sama ada entri sepenuhnya atau diubah suai bergantung kepada konteks penggunaan leksikal berkenaan. Entri berkenaan sememangnya telah memperkayakan leksikal dalam bahasa Bajau dan secara tidak langsung menyebarluaskan penggunaan leksikal Melayu Brunei ke wilayah lain di Pulau Borneo.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu Brunei; Bahasa Bajau; Interaksi bahasa; Leksikal; Sabah
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14884
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2020 03:46
Last Modified:21 Jul 2020 07:40

Repository Staff Only: item control page