Kedah di kancah peperangan Konbaung dan Chakri

Mohd Herman Roslan, (2020) Kedah di kancah peperangan Konbaung dan Chakri. International Journal of the Malay World and Civilisation, 8 (2). pp. 79-86. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
291kB

Official URL: http://www.ukm.my/jatma/jilid-8-bil-2/

Abstract

Kejatuhan Ayutthaya pada tahun 1767 yang diakibatkan oleh serangan Konbaung telah menyebabkan negeri-negeri yang terletak di bahagian selatan dan berada di bawah kerajaan ini berjaya membebaskan diri. Antara negeri yang dimaksudkan termasuklah negeri Kedah yang dianggap sebagai sebuah negeri naungan Siam. Sepanjang tempoh tersebut, satu hubungan bilateral antara masyarakat Myanmar dengan masyarakat Melayu Kedah telahpun wujud. Perhubungan ini dikatakan berakhir apabila kerajaan Konbaung dan Ava dikalahkan oleh British pada tahun 1824. Namun begitu, setakat ini, belum ada lagi kajian di Malaysia yang dapat menjelaskan hubungan yang jelas di antara kerajaan lama di Myanmar dengan Kedah secara mendalam. Kajian sedia ada hanya bertumpu kepada peperangan yang melibatkan Ligor-Bangkok dari tahun 1821 hingga 1840. Sedangkan ketika Siam dan Burma berada di kemuncak kuasa, Kedah dikatakan berada di tengah-tengah dan terpaksa memilih sama ada untuk bernaung di bawah salah satu kerajaan tersebut. Beberapa siri serangan dan bukti hubungan yang menjelaskan hubungan Siam dan Kedah menawarkan beberapa dapatan yang mencungkil bukti bahawa Kedah pernah mempunyai hubungan dengan kerajaan tradisi Myanmar terutamanya daripada sudut perdagangan dan pelayaran.

Item Type:Article
Keywords:Konbaung; Kedah; Chakri; Bunga emas; Perang
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:14885
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jul 2020 03:49
Last Modified:21 Jul 2020 07:42

Repository Staff Only: item control page