Faktor-faktor penyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang di Malaysia

Hadijah Baba, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Fauziah Ibrahim, and Norulhuda Sarnon @Kusenin, (2018) Faktor-faktor penyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang di Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia, 32 (2). pp. 26-41. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/31

Abstract

Senario penagihan dadah adalah ancaman secara berantai kepada individu, keluarga dan komuniti. Ini ditunjukkan melalui peningkatan statistik penagih berulang yang memberi kesan kepada komuniti. Kesan penagihan berulang menjejaskan kesihatan dengan masalah ko-morbiditi, psikopatologi dan psikososial. Selepas 40 tahun, Malaysia menjalankan pelbagai usaha dalam program rawatan dan pemulihan, namun usaha ini tidak menunjukkan kejayaan. Keadaan ini telah membawa kepada pengkajian tentang pelbagai faktor yang menyumbang kecenderungan situasi berisiko tinggi dalam kalangan penagih dadah berulang. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor intrapersonal iaitu motivasi untuk berubah dan peranan strategi daya tindak sebagai pengantara terhadap situasi berisiko tinggi penagihan berulang yang merangkumi emosi negatif, konflik interpersonal dan tekanan sosial. Kajian ini berbentuk keratan rentas melibatkan penggunaan soal selidik dan ditadbirkan ke atas 600 orang klien di Klinik Cure & Care, Malaysia. Soal selidik yang digunakan ialah The Stages of Change Readiness and Treatment Eagerness Scale (SOCRATES), Brief COPE dan soal selidik kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Data dianalisis dengan menggunakan analisis regrasi pelbagai dan PROCESS for SPSS. Keputusan kajian menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara faktor intrapersonal dan strategi daya tindak terhadap kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Di samping itu, strategi daya tindak merupakan pengantara (mediator) dalam hubungan di antara motivasi untuk berubah dan kecenderungan situasi berisiko tinggi penagihan berulang. Dapatan kajian ini seharusnya diambil kira dalam membentuk program-program rawatan dan pemulihan dadah untuk mengurangkan penagihan berulang dalam kalangan penagih dadah di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi untuk berubah; Strategi daya tindak; Penagihan berulang; Situasi berisiko tinggi; Pengantara
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:14929
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jul 2020 01:29
Last Modified:22 Jul 2020 04:20

Repository Staff Only: item control page