Keberkesanan program SHIELDS daripada perspektif pelajar dan urusetia

Noordeyana Tambi, and Rozmi Ismail, and Muhammad Ajib Abdul Razak, and Mohd Nasir Selamat, and Nurul Shafini Shafurdin, and Norhayati Ibrahim, and Noh Amit, and Nor Azri Ahmad, (2018) Keberkesanan program SHIELDS daripada perspektif pelajar dan urusetia. Jurnal Psikologi Malaysia, 32 (2). pp. 94-103. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
668kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/31

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji keberkesanan program SHIELDS daripada perspektif pelajar dan urusetia yang telah turut terlibat. Program SHIELDS adalah satu bentuk program camp-based yang diperkenalkan hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Nama SHEILDS ini adalah akronim yang bermaksud Sayangi Hidup, Elak Derita Selamanya. Sehubungan itu, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mengupayakan ketahanan diri murid (lingkungan umur 13 hingga 18 tahun) yang dikenalpasti berisiko dalam penyalahgunaan dadah. Kajian kuantitatif ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama adalah mengedarkan soal selidik sebelum dan selepas program SHIELDS dijalankan. Manakala, fasa kedua pula adalah sesi follow up selepas 3 bulan terhadap 50 pelajar yang telah terlibat dengan program SHIELDS terlebih dahulu. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan perspektif pelajar seramai 559 orang yang terlibat dengan program SHIELDS ini adalah baik dengan min=4.48. Kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa program SHIELDS ini sewajarnya diteruskan dengan beberapa penambahbaikan untuk kelangsungan program dan kebaikan semua pihak yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Keberkesanan program; Pelajar; Urusetia; SHIELDS; AADK
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:14935
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jul 2020 03:30
Last Modified:22 Jul 2020 04:38

Repository Staff Only: item control page