Pengaruh gangguan emosi dalam kalangan orang kena pengawasan

Fauziah Ibrahim, and Ezarina Zakaria, and Salina Nen, and Norulhuda Sarnon, and Nazirah Hassan, (2018) Pengaruh gangguan emosi dalam kalangan orang kena pengawasan. Jurnal Psikologi Malaysia, 32 (4). pp. 159-171. ISSN 2289-8174

[img]
Preview
PDF
467kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/issue/view/33

Abstract

Artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengenalpasti profil orang kena pengawasan (OKP), (2) mengukur tahap gangguan emosi dalam kalangan OKP dan (3) mengenalpasti pengaruh gangguan emosi dalam kalangan OKP di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 380 orang bekas penagih dadah yang telah tamat menjalani program pemulihan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan kini sedang menjalani tempoh pengawasan di bawah kendalian Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian regresi pelbagai secara stepwise. Analisis kajian menunjukkan bahawa majoriti OKP yang terlibat dalam kajian ini dikategorikan dalam kumpulan umur belia, masih bujang, mempunyai tahap pendidikan menengah pada peringkat SRP dan SPM sahaja, mempunyai pekerjaan sambilan dan tetap serta mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2000 sebulan. OKP juga terdiri dalam kalangan mereka yang pernah relaps dan pernah mempunyai rekod jenayah lampau. Berdasarkan tahap gangguan emosi, kajian menunjukkan 50.8% OKP menunjukkan gangguan emosi yang sederhana ke tahap yang rendah (44.5%). Manakala analisis regresi yang dijalankan mendapati faktor keinginan semula terhadap dadah (β=.703, p<.05), konflik hubungan keluarga (β=.401, p<.05) dan tekanan persekitaran sosial (β=.156, p<.05) merupakan faktor yang dikenalpasti mempengaruhi gangguan emosi dalam kalangan OKP. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak-pihak yang berkepentingan khasnya kaunselor dan pegawai pemulihan dadah di setiap negeri dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap program-program pemulihan dadah. Penyediaan mekanisme pencegahan relaps diperlukan untuk membantu mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan OKP.

Item Type:Article
Keywords:Gangguan; Emosi; Orang kena pengawasan; Penagih dadah; Relaps
Journal:Jurnal Psikologi Malaysia
ID Code:14967
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Aug 2020 03:20
Last Modified:06 Aug 2020 07:59

Repository Staff Only: item control page