Laluan Sutera Baharu Maritim China dan implikasinya ke atas autonomi negara Malaysia dan Indonesia

Muhamad Azwan Abd Rahman, (2019) Laluan Sutera Baharu Maritim China dan implikasinya ke atas autonomi negara Malaysia dan Indonesia. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 17-32. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
628kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Peralihan strategi China menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang diperkenalkan Xi Jinping pada tahun 2013 bukan setakat memberi saingan kepada kuasa besar lain seperti AS tetapi telah menarik minat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia menyertai projek Laluan Sutera Baharu Maritim. Sambutan baik ini bukan sekadar atas keyakinan sejarah Laluan Sutera Maritim Klasik, tetapi dipengaruhi oleh keinginan negara-negara tersebut memperoleh modal dan teknologi daripada China. Kemasukan modal China secara besar-besaran melalui kerjasama ini walau bagaimanapun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin lokal dan kelompok-kelompok lain tentang kemungkinan dominasi oleh China. Makalah ini menghujahkan Malaysia dan Indonesia menerima manfaat besar dalam projek kerjasama Laluan Sutera Baharu Maritim bersama China. Dalam pada itu, ia juga menimbulkan prospek serta cabaran baharu khususnya kepada autonomi negara. Dari segi kaedah, makalah ini memperoleh data primer menerusi temu bual mendalam bersama beberapa tokoh informan utama Malaysia dan Indonesia serta dikukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Menerusi artikel ini mendapati di satu pihak Malaysia dan Indonesia berpendirian positif dengan melihat manfaat serta peluang daripada kerjasama ini tetapi di pihak lain, ia terkesan dengan beberapa implikasi yang berbeza. Bagi Malaysia, kemasukan modal China secara besar-besaran dan mendadak ini menimbulkan kebimbangan domestik akan kemungkinan pergantungan yangberlebihan kepada China. Manakala Indonesia menerusi strategi Poros Maritim Dunia yang digagaskan Jokowi dilihat sebagai upaya mengekalkan kemandirian serta kuasa autonomi negara. Namun lambakan produk China ke dalam pasaran Indonesia juga dilihat sebagai persaingan dan ancaman kepada kepentingan ekonomi lokal. Artikel ini juga menyumbang dalam batas tertentu kepada korpus ilmu pembangunan serantau.

Item Type:Article
Keywords:Laluan Sutera Baharu Maritim China; One Belt One Road; Dana Laluan Sutera; Malaysia; Indonesia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14971
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 06:35
Last Modified:14 Aug 2020 07:20

Repository Staff Only: item control page