Perkembangan Islamisasi di Turki era Erdoğan (2002-2010): pendekatan, usaha dan cabaran

Muhammad Khalis Ibrahim, and Mohd Roslan Mohd Nor, (2019) Perkembangan Islamisasi di Turki era Erdoğan (2002-2010): pendekatan, usaha dan cabaran. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 45-55. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Tekanan yang dikenakan ke atas gerakan-gerakan Islam di Turki menyebabkan munculnya Recep Tayyip Erdoğan bersama inovasi baru gerakan politik Islam melalui wadah AKP. Kajian ini membincangkan mengenai perkembangan islamisasi di Turki pada era Erdoğan bagi fasa 2002-2010 denganmemfokuskan kepada pendekatan yang diambil, usaha-usaha yang telah dijalankan serta cabaran yang terpaksa dihadapi. Keseluruhan kajian ini menggunakan metode penyelidikan perpustakaan dan metode pensejarahan melalui pendekatan analisis kandungan terhadap bahan-bahan yang berkaitan. Kajian mendapati, Erdoğan menjadikan konservatif-pendemokrasian sebagai pendekatan utama AKP dalam melakukan usaha islamisasi. Bagi fasa 2002-2010, usaha islamisasi Erdoğan dan AKP tertumpukepada cubaan memansuhkan larangan bertudung, memperkasakan pendidikan yang berasaskan Islam, mempertingkatkan kualiti institusi agama serta mengawal penjualan arak secara berleluasa. Dalam menjalankan usaha islamisasi, Erdoğan terpaksa menghadapi tentangan dari pihak tentera selaku pemelihara sekularisme. Cabaran getir dari pendokong sekularisme mendesak Erdoğan untuk berkompromi dalam menjalankan usaha islamisasi. Kajian ini turut menghujahkan AKP sebagai sebuah entiti yang berada di atas jalur gerakan politik Islam dengan ruang wacananya yang tersendiri. Perkembangan sejarah serta realiti sosial Turki menjadikan AKP sebagai sebuah entiti gerakan politik Islam yang unik dan relevan dengan konteks negara Turki.

Item Type:Article
Keywords:Islamisasi di Turki; Erdoğan; AKP; Konservatif-pendemokrasian; Gerakan politik Islam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14973
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 06:46
Last Modified:14 Aug 2020 07:25

Repository Staff Only: item control page