Mohamed Rafizal Mohamed Eusoff, (2019) Mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G2g) Malaysia: perbandingan “Employment Permit System (Eps)” di Korea Selatan. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 97-109. ISSN 0126-5008
|
PDF
276kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092
Abstract
Mekanisme pengurusan kemasukan pekerja asing adalah penting untuk memastikan jumlah pekerja asing yang terdapat di negara penerima adalah mencukupi dan tidak memberi kesan negatif kepada penduduk tempatan. Mekanisme biasa iaitu penggunaan agensi pengrekrutan dikatakan telah mendatangkan pelbagai masalah seperti manipulasi maklumat pekerjaan dan mengenakan kos melampau yang perlu dibiayai pekerja asing serta majikan. Inisiatif Malaysia dalam melaksanakan mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G2G) dengan Bangladesh di dalam sektor perladangan mulai November 2012 telah mendapat maklumbalas positif daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan menyarankan agar Malaysia meluaskan perlaksanaannya. Artikel ini bertujuan untuk membuat perbandingan mekanisme G2G Malaysia dan Employment Permit System (EPS) Korea Selatan yang diiktiraf sebagai amalan tebaik oleh ILO untuk mengenalpasti elemen persamaan, perbezaan dan penambahbaikan yang boleh diterapkan di dalam mekanisme G2G Malaysia dengan memberi fokus kepada pengurangan eksploitasi agensi pengrekrutan. Perbandingan dibuat dengan menghubungkan tema dan kategori yang timbul (mapping) di dalam kedua-dua kes supaya amalan di Malaysia boleh dinilai dengan mengambil EPS Korea sebagai penanda aras. Sumber data yang digunakan ialah dokumen, mesyuarat, laporan berkaitan, temuduga dan pengetahuan pengkaji semasa berkhidmat di Kementerian Sumber Manusia (KSM). Satu penemuan yang signifikan ialah mekanisme G2G Malaysia perlu menggunakan pendekatan yang lebih holistik dengan meluaskan perkhidmatan kepada pekerja asing walaupun selepas kepulangan mereka ke negara asal. Langkah ini sangat penting dalam memastikan pekerja asing yang telah berkhidmat di negara destinasi dan telah pulang ke negara asal tidak akan kembali sebagai pendatang tanpa izin (PATI). Akhirnya, negara destinasi dan negara sumber akan mendapat manfaat bersama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pekerja asing; Jaringan sosial; Agensi pengrekrutan; Mekanisme G2G; Employment Permit System (EPS) |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 14979 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Aug 2020 08:11 |
Last Modified: | 14 Aug 2020 07:53 |
Repository Staff Only: item control page