Suhaniya Kalaisilven, and Fauzi Sukimi, (2019) Kawalan ibu bapa terhadap anak-anak dalam penggunaan media sosial. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 111-124. ISSN 0126-5008
|
PDF
283kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092
Abstract
Media sosial menjadi sebahagian dalam hidup manusia terutamanya generasi muda kini sehingga menyebabkan isu ketagihan media sosial.Isu ketagihan media sosial terutamanya dalam kalangan kanakkanak semakin meningkat dan didapati isu ini dapat diatasi dengan adanya kawalan sosial oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam penggunaan media sosial. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan, pemahaman dan tahap pendidikan ibu bapa memberi kesan ke atas kawalan sosial ibu bapa dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak.Kajian ini pertama, mengkaji pengetahuan ibu bapa terhadap penglibatan anak-anak di media sosial dengan kawalan sosial. Kedua,mengetahui hubungan pemahaman ibu bapa dari sudut positif dan negatif dengan kawalan sosial. Kajian ini juga mengkaji tahap pendidikan ibu bapa dengan kawalan sosial. Dapatan kajian dikumpul daripada 100 sampel ibu bapa yang dipilih secara rawak sistematik di kawasan kajian di Taman Seksyen 5, Bandar Rinching menggunakan kaedah survei. Hasil kajian menunjukkan ibu bapa mempunyai pengetahuan tentang penglibatan anak-anak di media sosial dan pengetahuan ibu bapa mempengaruhi kawalan sosial ibu bapa terhadap anak-anak. Seterusnya, hubungan antara pemahaman positif ibu bapa terhadap media sosial dengan kawalan sosial adalah negatif manakala, pemahaman negatif ibu bapa terhadap media sosial dengan kawalan sosial menunjukkan hubungan yang signifikan. Tahap pendidikan ibu bapa juga mempengaruhi kawalan sosial. Keseluruhannya, pengetahuan ibu bapa tentang penglibatan anak-anak di media sosial, pemahaman tentang media sosial dan tahap pendidikan ibu bapa juga mempengaruhi kawalan sosial ibu bapa terhadap anakanak dalam menggunakan media sosial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Media sosial; Kawalan sosial; Pemahaman; Pengetahuan; Pendidikan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 14980 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Aug 2020 08:22 |
Last Modified: | 14 Aug 2020 07:55 |
Repository Staff Only: item control page