Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak: antara hak negeri dan kepentingan nasional (1963-1966)

Suffian Mansor, and Awang Azman Awang Pawi, (2019) Pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak: antara hak negeri dan kepentingan nasional (1963-1966). AKADEMIKA, 89 (1). pp. 125-135. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
263kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. Oleh itu pihak kerajaan cuba melaksanakan usaha penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat. Ini termasuklah memperkenalkan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Namun demikian pelaksanaannya mengalami masalah apabila kerajaan negeri Sarawak pimpinan Stephen Kalong Ningkan melambat-lambatkan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak. Hal ini menimbulkan pertentangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk melaksanakan penggunaannya di Sarawak. Kerajaan negeri cuba menggunakan alasan dengan Perkara 18 yang menguntukkan kebebasan untuk kerajaan negeri mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak sebagai bahasa rasmi. Hal ini membawa kepada bantahan kerajaan pusat dibawah pimpinan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman mengingatkan kerajaan negeri Sarawak tentang kepentingan bahasa Melayu untuk perpaduan rakyat. Sebaliknya, Ningkan tidak berganjak dan mahukan status quo bahasa Inggeris dikekalkan di Sarawak. Krisis antara kerajaan pusat dan negeri ini semakin membesar dengan pelbagai isu lain seperti pelaksanaan Malaysianisasi dalam perkhidmatan negeri Sarawak, isu penjualan tanah, pemecatan beberapa menteri kabinet dan masalah peribadi ketua menteri. Hal ini memberi ruang kepada pihak yang tidak senang dengan Ningkan untuk mendesak beliau meletak jawatan. Krisis ini membawa kepada ketidakstabilan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan mengambil tindakan untuk menyingkirkan Ningkan. Dengan sokongan daripada ahli politik Sarawak, Ningkan telah disingkirkan. Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan mengambil bahan-bahan dari arkib dan perpustakaan. Sumber-sumber yang digunakan adalah sumber bercetak terutamannya dari bahan primari. Menerusi kajian ini mendapati bahawa persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat penting untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah kerajaan.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Sarawak; Malaysia; Stephen Kalong Ningkan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14981
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 08:26
Last Modified:14 Aug 2020 07:59

Repository Staff Only: item control page