Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2019) Kajian perbandingan bangsawan dari Semenanjung Tanah Melayu dan bangsawan alaf ke-21 di Sarawak, Borneo. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 137-147. ISSN 0126-5008
|
PDF
255kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092
Abstract
Rekod pementasan bangsawan yang terawal di Sarawak adalah pada tahun 1914 yang dibawa masuk dari Semenanjung Tanah Melayu, manakala yang terakhir pula adalah pada tahun 2016. Kajian tentang teater bangsawan di Sarawak setakat ini mendapati dalam tempoh jangka hayat bangsawan yanglebih seabad, teater ini telah melalui empat fasa persembahan bangsawan di Sarawak. Empat fasa tersebut adalah Bangsawan Tanah Melayu, Bangsawan Kampung, Bangsawan 1980-an dan Bangsawan Alaf ke-21. Namun setakat ini belum terdapat sebarang kajian perbandingan diantara Bangsawan dari Tanah Melayu (Fasa Pertama) dengan bangsawan Alaf ke-21 (Fasa Keempat). Sehubungan itu, penulisanini bertujuan merakamkan perbandingan proses pementasan di antara bangsawan dari SemenanjungTanah Melayu dengan bangsawan Alaf ke-21 di Sarawak. Untuk tujuan tersebut, proses ‘staging’ (pementasan) dalam konsep ‘performance nest’ oleh Richard Schechenner dalam teori ‘Persembahan’akan diaplikasi sebagai kerangka analisis. Sebuah kajian berbentuk kualitatif dirangka dengankajian perpustakaan dan temubual dengan para pengamal teater bangsawan di Kuching sebagai instrumen kajian bagi memperolehi data.Analisis kandungan dilakukan ke atas kajian-kajian lepas, rakaman empat pementasan bangsawanAlafke-21, gambar-gambar foto dan transkripsi temubual. Dapatan dalam artikel ini adalah, format pementasan bangsawanAlafke-21 pada dasarnya masih kekal seperti Bangsawan dari Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, terdapat beberapa kelainan dari segi cerita, kaedah lakonan, latar hias, tasmat, lagu tarik nasib dan pengisian extraturn selari dengan kecanggihan teknologi dan kreativiti para pengamal teater pada Alafke-21 di Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bangsawan; Teater Melayu; Pementasan; Sarawak; Seni persembahan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 14982 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Aug 2020 08:30 |
Last Modified: | 14 Aug 2020 08:01 |
Repository Staff Only: item control page