Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di sekolah

Yong, Hie Hie and Ku Hasnita Ku Samsu, (2019) Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di sekolah. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 149-159. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
244kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Guru terutamanya di peringkat sekolah rendah mampu menjadi agen sosialisasi politik yang berpengaruh dalam memupuk kesedaran murid pada usia awal mereka tentang kepentingan perpaduan etnik, khasnya dalam konteks masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewujudkan provokasi perkauman serta melakukan pengasingan murid mengikut etnik, latar belakang ekonomi dan agama agar muridnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan sebahagiannya juga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi politik dan membentuk perpaduan etnik kepada murid. Artikel ini membincangkan faktor halangan yang menjejaskan proses pemupukan nilai perpaduan dalam kalangan murid. Perbincangan dalam artikel ini merupakan sebahagian daripada kajian PhD yang memfokuskan kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam membentuk perpaduan etnik di sekolah. Data kajian dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan 16 orang guru Melayu, Cina dan India daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling, Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang berkaitan dengan sikap guru yang menjadi halangan kepada sekolah dalam proses pembentukan perpaduan etnik di sekolah. Pertama, sikap negatif guru; kedua, guru kurang keyakinan dalam membincangkan isu perpaduan; dan ketiga, guru tidak mementingkan bahasa Melayu. Ketiga-tiga faktor ini berupaya mewujudkan jurang etnik sesama guru dan antara guru dengan murid di sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap isu ini dan memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan perpaduan etnik di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Agen sosialisasi politik; Perpaduan etnik; Guru; Sekolah rendah; Sikap
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14983
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 08:34
Last Modified:14 Aug 2020 08:04

Repository Staff Only: item control page