Reaksi masyarakat Limbang terhadap rancangan pembentukan Malaysia melalui Siasatan Suruhanjaya Cobbold 1962

Habid's Buhigiba Mohamad Bustamam, and Suffian Mansor, and Mohd Samsudin, (2019) Reaksi masyarakat Limbang terhadap rancangan pembentukan Malaysia melalui Siasatan Suruhanjaya Cobbold 1962. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 161-173. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Limbang merupakan antara daerah yang paling bergolak dalam jajahan Brunei sejak tahun 1850. Isu Limbang telah menimbulkan kontroversi berpanjangan apabila Charles Brooke merampas Sungai Limbang daripada pentadbiran Brunei pada tahun 1890. Idea penubuhan Malaysia telah membawa kepada pembentukan Suruhanjaya Cobbold bagi menyiasat pandangan dan penerimaan penduduk di Sarawak dan Borneo Utara. Tinjauan di Bahagian Limbang menarik perhatian disebabkan latar belakang sejarah Limbang yang unik. Kajian ini akan cuba melihat pendirian masyarakat di Bahagian Limbang terhadap rancangan pembentukan Malaysia pada tahun 1962. Di samping itu kajian ini akan turut mengemukakan implikasi bangkangan penduduk Limbang dan kesannya ke atas kehidupan sosial masyarakat Bahagian Limbang sebelum tahun 1963. Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian kualitatif pendekatan sejarah iaitu memberikan tumpuan utama kepada sumber primer di samping penggunaan-sumber sekunder. Antara sumber primer yang dirujuk dalam kajian ini termasuklah rekod-rekod British, surat-menyurat, laporan, keratan akhbar dan warta kerajaan. Siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold mendapati bahawa majoriti penduduk Bahagian Limbang bersetuju menyertai rancangan Malaysia dengan beberapa syarat yang ditetapkan. Walaupun menerima rancangan Malaysia kajian ini mendapati wujudnya rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan British. Manakala keputusan di Daerah Limbang pula agak berbeza iaitu majoriti penduduk menolak penyertaan dalam Malaysia. Kebimbangan penerimaan rancangan Malaysia telah membawa kepada tercetusnya peristiwa pemberontakan penduduk di Limbang pada 8 Disember 1962.

Item Type:Article
Keywords:Suruhanjaya Cobbold; TNKU; Bumiputera; Melayu Brunei; Petisyen Limbang
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14984
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 08:39
Last Modified:14 Aug 2020 08:05

Repository Staff Only: item control page