Sikap belia dalam industri sawit di Malaysia: satu kajian keperluan

Marlyna Maros, and Azianura Hani Shaari, and Er, Ah Choy (2019) Sikap belia dalam industri sawit di Malaysia: satu kajian keperluan. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 175-189. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Industri kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dan memerlukan tenaga buruh yang mantap. Wagaimanapun, perkembangan dewasa ini telah menyaksikan penggunaan buruh-buruh dari luar Malaysia dan sangat kurang gunatenaga tempatan. Bagi mengatasi masalah pengangguran dan kekurangan pekerjaan, kerajaan perlu melihat bagaimana penduduk tempatan boleh menyumbang kepada pengeluaran dan kelestarian industri ini dan tidak hanya bergantung kepada buruh asing. Salah satu caranya adalah dengan meningkatkan pengetahuan belia kepada industri kelapa sawit di Malaysia serta memberi galakan kepada mereka untuk menyertai latihan tenaga mahir dalam industri ini. Persepsi bahawa golongan belia di Malaysia tidak berminat untuk menyertai bidang kerja kelapa sawit memerlukan kajian terperinci untuk memastikan sikap dan pengetahuan sebenar mereka terhadap industri ini. Permasalahan ini menjadi asas kepada objektif kajian ini untuk mengenalpasti sikap belia Malaysia dalam menyertai industri kelapa sawit. Satu set soal selidik telah dibina berpandukan kerangka Pengetahuan, Sikap, dan Amalan (Knowledge, Sikap, and Practice) dan Teori Analisis Keperluan. Responden kajian terdiri daripada golongan belia di peringkat sekolah menengah yang akan mengikuti pengajian tertiari tidak lama lagi. Bagi mendapatkan gambaran tentang sikap belia berdasarkan pendedahan mereka terhadap industri ini, angkubah kawasan dijadikan asas pembandingan. Dua kawasan yang dipilih adalah kawasan bandar dan luar bandar yang diwakilit oleh empat buah sekolah. Dapatan kajian menunjukan bahawa pelajar dari luar bandar mempunyai sikap yang lebih positif terhadap industri kelapa sawit berbanding dengan pelajar dari kawasan bandar. Dapatan kajian dapat membantu pihak MPOB merancang strategi untuk meningkatkan penglibatan pekerja tempatan dalam industri ini.

Item Type:Article
Keywords:Industri sawit; Sikap belia; KAP; Kajian keperluan; MPOB
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14985
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 08:44
Last Modified:14 Aug 2020 08:06

Repository Staff Only: item control page