Pembangunan model pengajaran gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia

Razali Md Amin, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, and Ab Samad Kechot, (2019) Pembangunan model pengajaran gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. AKADEMIKA, 89 (1). pp. 191-205. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1092

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah model pengajaran ensembel gamelan Melayu peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Keperluan penyelidikan ini untuk memenuhi dan menyelesai mengenai kekurangan model pengajaran ensembel gamelan Melayu di peringkat sekolah menengah rendah di Malaysia. Objektif pertama untuk mengenal pasti model yang digunapakai oleh pengajar ensembel gamelan Melayu masa kini, objektif kedua untuk menilai proses pengajaran ensembel gamelan Melayu pada masa kini dan akhirnya, objektif ketiga untuk membangunkan satu model pengajaran ensembel gamelan Melayu yang sesuai digunapakai pada semua peringkat pendidikan menengah rendah di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Data yang diperolehi daripada kajian perpustakaan dan kajian lapangan perlu menjalani proses saringan untuk memperolehi data yang diperlukan sahaja. Penyaringan ini menggunakan teknik interprestasi, teknik kandungan dan bacaan rapi. Hasil kajiandapat menjelaskan keperluan model pengajaran ensembel gamelan Melayu amat diperlukan kerana ketidakseragaman dan tidak khusus. Hasil perbincangan dengan memberikan kesimpulan bahawa model pengajaran ensembel gamelan Melayu dapat diselaraskan dan diseragamkam dengan mengikut model tersebut. Justeru, ensembel gamelan Melayu dapat dimainkan secara seragam di peringkat sekolah menengah rendah di seluruhMalaysia, setara dengan muzik moden yang lain. Kajian ini juga dapat memartabatkan muzik gamelan Melayu sebagai warisan kebudayaan Melayu tidak ketara yang perlu dipelihara oleh generasi kini

Item Type:Article
Keywords:Ensembel; Gamelan Melayu; Model pengajaran; Pembangunan; Setara
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14986
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Aug 2020 08:53
Last Modified:14 Aug 2020 08:08

Repository Staff Only: item control page