Menelusuri elemen sejarah dalam novel

Che Abdullah Che Ya, and Mohamad Rodzi Abd Razak, (2019) Menelusuri elemen sejarah dalam novel. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 5-14. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
229kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Karya kreatif termasuklah novel, mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah kerana ia dihasilkan berdasarkan kreativiti yang terbentuk daripada pengetahuan serta pengalaman diri sendiri ataupun pengalaman orang lain. Novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1999 bertolak daripada peristiwa sejarah Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong adalah satu peristiwa berdarah di mana pengganas komunis telah menyerang Balai Polis pada 23 Februari 1950 di Bukit Kepong, Muar, Johor. Novel ini antara lain memaparkan kembali perjuangan anggota polis mempertahankan Bukit Kepong daripada serangan pengganas komunis itu dalam bentuk karya kreatif. Kajian ini melihat bagaimana elemen sejarah digarapkan dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah itu boleh dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah. Hasil penelitian mendapati novel ini telah menggunakan elemen sejarah yang tepat apabila menampilkan watak-watak sebenar yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Dari sudut latar masa dan tempat juga memperlihatkan waktu dan tempat di masa peristiwa Bukit Kepong itu berlaku dan kawasan sekitarnya seperti Pagoh, Muar dan lain-lain. Novel turut menampilkan wajah Johor pra-merdeka. Daripada aspek peristiwa pula novel ini bertolak daripada tiga peristiwa besar iaitu gerakan komunis di Tanah Melayu, Darurat di Tanah Melayu dan Majlis Kenangan 1976. Pengarang didapati telah melakukan penyelidikan yang cukup teliti termasuklah mengadakan beberapa sesi temu ramah dengan tokoh-tokoh yang terlibat dalam peristiwa tersebut baik secara langsung mahupun tidak langsung, meneliti fakta-fakta daripada fail polis lantas diadun pula dengan daya kreativiti dan imaginasi yang seimbang antara isi dan bentuk. Elemen sejarah dalam novel ini boleh dipertanggungjawab dan dijadikan rujukan.

Item Type:Article
Keywords:Bukit Kepong; Darurat; Komunis; Polis; Sejarah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14988
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 06:52
Last Modified:17 Aug 2020 01:19

Repository Staff Only: item control page