Kata-kata eksklusif dialek Kelantan dalam komunikasi kumpulan WhatsApp

Azrizan Abu Bakar, and Karim Harun, (2019) Kata-kata eksklusif dialek Kelantan dalam komunikasi kumpulan WhatsApp. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 15-28. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Masyarakat Kelantan mempunyai dialek yang unik berbanding dialek negeri lain kerana penggunaan katakatanya yang jauh berbeza dengan bahasa Melayu standard. Keunikan dialek Kelantan ini menyerlahkan identiti dan memupuk perasaan kenegerian dalam kalangan masyarakat Kelantan. Makalah ini akan membincangkan keunikan dialek Kelantan melalui penggunaan kata-kata eksklusif, iaitu kata-kata dialek yang berbeza dengan dengan bahasa standard tetapi mempunyai makna yang sama. Kajian ini menggunakan data daripada aplikasi WhatsApp. Dua grup WhatsApp, iaitu grup WhatsApp Sek Kito dan grup WhatsApp Sahabat JIP dijadikan sebagai sumber data. Data diambil menggunakan teknik pemerhatian tidak ikut serta bagi mengelak sebarang gangguan dalam komunikasi yang berlangsung. Bagi menghuraikan data tersebut pengkaji memanfaatkan Teori Etnografi Hymes (1974). Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan keduadua grup WhatsApp kerap menggunakan dialek Kelantan dalam perbualan melalui WhatsApp. Walaupun grup WhatsApp Sek kito yang ahlinya terdiri daripada golongan muda berumur 23 tahun penggunaan dialek Kelantan juga sangat tinggi. Kata-kata eksklusif dialek Kelantan digunakan oleh kedua-dua grup bagi melahirkan hasrat dalam komunikasi WhatsApp. Kata-kata eksklusif dialek Kelantan yang paling kerap digunakan adalah kata-kata dialek Kelantan yang tidak terdapat dalam bahasa standard. Penggunaan kata eksklusif ini menujukkan kelestarian dialek Kelantan dalam menghadapi cabaran dunia digital.

Item Type:Article
Keywords:Kata-kata eksklusif; Dialek; Kelantan; Etnografi; WhatsApp
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14989
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 06:58
Last Modified:17 Aug 2020 01:21

Repository Staff Only: item control page