Eko-kritik dalam puisi Melayu

Mohd Saberi Muda, and Mas Rynna Wati Ahmad, (2019) Eko-kritik dalam puisi Melayu. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 29-39. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
248kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Perjuangan tentang kelestarian alam sekitar merupakan satu fenomena universal yang terdapat di seluruh dunia. Pencemaran udara, air sungai dan laut serta penerokaan hutan antara faktor yang menggugat kesejahteraan kehidupan. Pelbagai medium digunakan dalam mendidik dan memberi kesedaran umum tentang kepentingan kelestarian alam demi kerukunan kehidupan. Penulisan kesusasteraan merupakan salah satu kaedah yang dapat dinyatakan melalui novel, cerpen, puisi dan drama. Marzuki Ali merupakan seorang penyair dan aktivis teater yang memulakan karier awal tahun 80-an mempunyai satu gaya atau ‘signature’ dalam memperjuangkan alam sekitar. Karya-karya yang bersifat eko-kritik mendominasi keseluruhan karya-karya puisi beliau. Kumpulan puisi Jeritan Satwa Luka (2000), Bungkau Rimba Hujan Tropika (2008), Khazanah Segala Rimbun (2011) dan drama Dasila: Racau Satwa Rimba Tropika (terbitan dalam Dewan Sastera Disember 2015-Februari 2016) merupakan satu sekuel puisi beliau yang berlatarkan subjek alam sekitar. Ekologi, etika ekologi dan bahasa yang mendasari elemen eko-kritik turut menjadi unsur-unsur dominan dalam karya-karyanya. Pembangunan fizikal dan penerokaan hutan tanpa kawalan yang menggugat kelestarian flora fauna alam rimba yang menjadi subjek dalam teks turut menggabungkan maklumat dan ilmu sains, geografi dan sejarah. Ianya memperlihatkan karya tersebut bersifat didaktik serta berupaya menjadi rujukan kepada masyarakat umum. Keberanian, kelantangan dan keprihatinan Marzuki Ali dalam memperjuangkan alam sekitar telah memperlihatkan satu kronologi proses kreatifnya. Makalah ini akan memfokuskan bagaimana penyair mengangkat isu alam sekitar dalam karya kreatif Marzuki Ali yang menjadi refleksi kepada pemikirannya yang bertunjang kepada alam sekitar sebagai khazanah warisan yang akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Kelestarian alam; Flora fauna; Pencemaran alam; Eko-kritik; Didaktik
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14990
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 07:02
Last Modified:17 Aug 2020 01:22

Repository Staff Only: item control page