Lakuan bahasa dalam ceramah agama

Nurul Syuhada Shuib, and Maslida Yusof, (2019) Lakuan bahasa dalam ceramah agama. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 41-53. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Makalah ini meneliti jenis lakuan bahasa yang digunakan penceramah agama. Lakuan bahasa ialah pengucapan yang dianggap sebagai aksi khususnya dalam konteks niat, tujuan dan kesan. Lakuan bahasa digunakan untuk menyampaikan pengetahuan agama, nilai dan mesej yang berupa pengajaran kepada khalayak. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian ini adalah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan Ustaz Azhar Idrus. Kajian ini mengaplikasikan teori Lakuan Bahasa oleh Searle (1969) bagi mengkategorikan jenis lakuan bahasa. Searle (1969) telah mencadangkan bahawa lakuan bahasa mengandungi lima klasifikasi umum iaitu asertif, ekspresif, direktif, komisif dan deklaratif. Dapatan kajian ini adalah empat jenis lakuan bahasa digunakan oleh penceramah iaitu lakuan bahasa asertif, direktif, ekspresif dan komisif. Lakuan bahasa yang paling kerap digunakan oleh penceramah ialah lakuan bahasa asertif iaitu sebanyak 69.68%. Seterusnya lakuan bahasa direktif sebanyak 23.87%, diikuti oleh lakuan bahasa ekspresif 5.59% dan lakuan bahasa komisif sebanyak 0.86%. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan bahawa lakuan bahasa asertif berfungsi untuk menyatakan, mengandaikan, menyampaikan maklumat, menunjukkan dan menyebut sesuatu maklumat. Manakala lakuan bahasa direktif pula digunakan untuk tujuan nasihat dan ucap selamat, pengajuan soalan dan perintah. Selanjutnya lakuan bahasa ekspresif berfungsi untuk mengekspresikan perasaan penghargaan, maaf, gembira dan sedih. Akhir sekali, lakuan bahasa komisif berfungsi untuk menyatakan janji. Secara keseluruhan kajian ini merakamkan bahawa lakuan bahasa adalah sebahagian daripada laras ceramah agama bagi keberkesanan dalam penyampaian ceramah.

Item Type:Article
Keywords:Ceramah agama; Fungsi lakuan bahasa; Lakuan bahasa; Penceramah; Searle
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14991
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 07:06
Last Modified:17 Aug 2020 01:24

Repository Staff Only: item control page