Muhammad Hasnimizan Ishak, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, (2019) Seni bela diri Melayu dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 69-79. ISSN 0126-5008
|
PDF
252kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175
Abstract
Kajian ini menganalisis seni bela diri Melayu yang dikenali sebagai Silat Cekak Pusaka Hanafi. Fokus diberikan kepada struktur dan fungsi gerak buah silat yang menjadi kekuatan sebenar pencak persilatan Melayu. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan pemerhatian ke atas demonstrasi 21 gerak buah silat tersebut serta menemu bual pewaris mutakhir yang masih aktif. Data dianalisis menggunakan Teori Struktural Fungsional oleh Talcott Parson yang mengandungi empat konsep iaitu, adaptasi, tujuan, pemeliharaan pola-pola dan integrasi. Teori ini diaplikasi bagi merungkai aspek struktur dan fungsi gerak buah silat ini. Melalui konsep adaptasi didapati 21 gerak buah diadaptasikan daripada 4 pergerakan solat iaitu, berdoa, qiam, rukuk dan takbiratul ihram bersama 5 bentuk pergerakan asas semula jadi manusia seperti berjalan, menepis, menetak, mencekik dan memijak. Melalui konsep tujuan, didapati 21 gerak buah ini bermatlamat mempertahankan diri dengan dimulakan dari bahagian teratas kepala hingga ke paras paha pesilat. Menerusi konsep pemeliharaan pola-polanya, dilihat bentuk asli 21 gerak buah ini dapat dikekalkan sejak dari 52 tahun lalu diasaskan. Akhirnya menerusi konsep integrasi, dilihat wujud kesepaduan antara adaptasi, tujuan dan pemeliharaan pola-pola dan integrasi 21 gerak buah ini. Dengan ini boleh difahami bahawa struktur dan fungsi dalam 21 gerak buah ini membantu memelihara keaslian persilatan ini. Struktur dan fungsi ini juga memperjelaskan ciptaan gerak buah adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri budaya dan akal budi Melayu seperti mencontohi pergerakan solat orang Melayu Islam serta beberapa gerakan asas dalam aktiviti seharian mereka demi menjaga diri dan menyatakan kesyukuran ke atas nikmat pemberian nyawa dan segala anggota tubuh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Struktur; Fungsi; 21 gerak buah; Silat Cekak Pusaka Hanafi; Teori Struktural Fungsional |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 14993 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Aug 2020 07:18 |
Last Modified: | 17 Aug 2020 01:28 |
Repository Staff Only: item control page