Kebijaksanaan adab dalam hikayat Melayu tradisional

Muhd Norizam Jamian, and Zubir Idris, (2019) Kebijaksanaan adab dalam hikayat Melayu tradisional. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 81-91. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Makalah ini membincangkan konsep kebijaksanaan adab dalam dunia Melayu yang dipaparkan melalui karyakarya hikayat Melayu tradisional dari perspektif adab. Hikayat Melayu tradisional memainkan peranan penting sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirkan insan yang bijaksana dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Data kajian melibatkan teks Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Hang Tuah – antara khazanah hikayat Melayu tradisional yang dihasilkan atau disalin dari abad ke-15 hingga abad ke-19. Dalam membuktikan fungsi hikayat Melayu tradisional sebagai wadah pembentukan insan yang bijaksana, kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap teks Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Hang Tuah. Hasil kajian menunjukkan bahawa teks-teks hikayat Melayu tradisional telah memainkan peranan penting dalam menerapkan unsur kebijaksanaan ke arah menghasilkan insan terpuji yang seimbang dari segi rohani dan jasmani, duniawi dan ukhrawi. Unsur kebijaksanaan yang diserapkan menerusi teks-teks hikayat Melayu tradisional menjadi panduan kepada khalayak menjalin hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (hablumminaLLah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping menjelaskan peranan setiap manusia di dunia – sebagai khalifah Allah SWT dan pada masa yang sama selaku hamba-Nya.

Item Type:Article
Keywords:Kebijaksanaan; Hikayat Melayu tradisional; Adab; HablumminaLLah; Hablumminannas
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14994
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 07:35
Last Modified:17 Aug 2020 01:29

Repository Staff Only: item control page