Nasrun Alias, and Rusydiah Abd Salam, (2019) Kata darjah dan kata penguat dalam dialek Kelantan. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 93-107. ISSN 0126-5008
|
PDF
285kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175
Abstract
Dialek Melayu Kelantan (DMK) merupakan salah satu dialek Melayu yang mempunyai struktur bahasa yang unik. Artikel ini akan membincangkan keunikan akal budi masyarakat Kelantan yang tergambar melalui penggunaan kata darjah yang berbeza daripada dialek-dialek lain dan bahasa baku. Kata darjah dalam DMK sering disalah tafsir dari segi penggolongan kata tersebut dan kedudukannya di dalam ayat. Kebanyakan pengkaji lepas cenderung untuk menggolongkan kata darjah sebagai kata penguat atau reduplikasi. Masyarakat Kelantan mengungkapkan bahasa mereka secara berbeza berbanding bahasa Melayu baku. Kata darjah dalam DMK mempunyai bentuknya yang tersendiri dari segi struktur dan fungsi. Ini menunjukkan bahawa kata darjah tidak sama jika dibandingkan dengan kata penguat. Kajian ini akan menghuraikan kedudukan kata darjah dan kata penguat dalam DMK dengan memilih Kampung Pemanok, Machang sebagai kawasan kajian. Bagi mendapatkan data-data kajian, kaedah kajian lapangan telah dijalankan dengan menemu bual informan di kawasan kajian tersebut mengikut demografi penduduk. Data-data kajian yang diperoleh, dianalisis berdasarkan kerangka struktural. Hasil analisis kajian menemukan sebelas jenis kata darjah dalam DMK. Sebelum ini, bentuk kata darjah seperti di dalam DMK tidak dibincangkan dalam mana-mana buku tatabahasa Melayu. Hal ini bermakna dalam bahasa baku bentuk penggunaan darjah adalah berbeza jika dibandingkan dengan penggunaannya di dalam DMK. Jika dilihat bentuk kata darjah ini ada sedikit persamaannya dari segi fungsi dan makna dengan kata penguat, namun begitu tidak dinafikan ada juga ciri yang membezakan antara kedua-dua golongan kata ini. Oleh itu, diharap dengan adanya kajian ini, maka salah satu kelompongan dalam kajian lepas telah dapat diselesaikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dialek Melayu Kelantan; Kata darjah; Kata penguat; Bahasa Melayu baku; Kerangka struktural |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 14995 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Aug 2020 07:57 |
Last Modified: | 17 Aug 2020 01:31 |
Repository Staff Only: item control page