Variasi leksikal ganti nama diri dalam varian Ulu Berang

Shahidi A.H., and Mohamad Firdaus Azaharuddin, and Rahim Aman, (2019) Variasi leksikal ganti nama diri dalam varian Ulu Berang. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 125-137. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
269kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk mengkaji tentang keistimewaan leksikal ganti nama diri yang wujud dalam subdialek Ulu Berang. Subdialek Ulu Berang adalah salah satu bentuk pertuturan yang dituturkan oleh orang Melayu Terengganu di kampung Payang Kayu dan Baong. Subdialek ini kurang dikenali umum kerana subdialek ini dituturkan di pedalaman hulu mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu dan dipercayai terdapatnya beberapa leksikal yang unik diguna pakai oleh penutur subdialek tersebut. Selain itu keunikan leksikal dalam subdialek ini jelas berbeza dengan varian dialek Melayu Terengganu (DMT) atau dialek-dialek Melayu Semenanjung yang lain. Kajian ini memanfaatkan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah lapangan dan temu bual informan untuk mendapatkan data-data leksikal ganti nama diri. Kajian ini memfokuskan tiga tahap perbincangan mengenai penggunaan leksikal ganti nama diri yang terdapat dalam subdialek Ulu Berang iaitu Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGND1), Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGND2) dan Kata Ganti Nama Diri Ketiga (KGND3). Secara ringkasnya, kajian ini mendapati bahawa terdapat sebanyak tujuh leksikal KGND yang digunakan dalam subdialek Ulu Berang ini iaitu [akǝʔ] [sajɛ] dan [kitɛ] (KGND1), [mǝŋ] dan [mumi] (KGND2), [dijɛ] dan [dimi] (KGND3). Leksikal [akǝʔ] dianggap mempunyai hubungan yang selesa dan akrab sesama mereka. Ia sering digunakan untuk merujuk seseorang individu berbanding [sajɛ]. Leksikal [kitɛ] yang merujuk kepada penanda jamak pula sering digunakan dalam setiap perbualan mereka. Penggunaan KGND2 [mǝŋ] merujuk kepada maksud kamu atau mu. Manakala [mumi] merujuk lebih dari seorang iaitu kamu semua. Leksikal [dijɛ] digunakan untuk merujuk orang ketiga secara individu manakala leksikal [dimi] dituju kepada orang ketiga secara jamak atau lebih dari seorang individu itu. Kajian ini memberi implikasi penting terhadap bidang pengkajian dialektologi Melayu dan bidang pendokumentasian dialek Melayu. Selain bertujuan memperlihatkan variasi leksikal KGND, kajian ini juga cuba memastikan agar pengetahuan mengenai leksikal dalam subdialek ini akan terus dipelihara, dilindungi dan dikenali oleh generasi yang akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Subdialek Ulu Berang; Variasi leksikal; Kata Ganti Nama Diri; Subdialek Kuala Terengganu; Dialktologi Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14997
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 08:03
Last Modified:17 Aug 2020 01:36

Repository Staff Only: item control page