Kebitaraan peribahasa Melayu dalam komunikasi

Shaiful Bahri Md. Radzi, (2019) Kebitaraan peribahasa Melayu dalam komunikasi. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 139-149. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
266kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Artikel ini membicarakan peribahasa Melayu dengan tumpuan khusus ke atas peribahasa tipu daya dan pura-pura dari segi binaannya bagi melihat kebijaksanaan orang Melayu dalam menciptanya. Kelakuan jahat melalui kepura-puraan ini hadir berselindung di sebalik rupa paras dan lemah lembut berbicara bagi memperdaya mangsa untuk kepentingan diri. Data peribahasa ini dikutip daripada Kitab Kiliran Budi susunan Munsyi Sulaiman yang pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1906. Dari segi binaan, motif rupa fizikal sesuatu benda yang cantik menjadi kiasan perbandingan kepada kepura-puraan. Madu dan tebu yang manis dipertentangkan dengan hempedu yang pahit serta potongan pepat-rencong yang berlawanan sifatnya digunakan pula sebagai kiasan perbandingan bagi orang yang berpura-pura menerusi lemah lembut berbahasa. Paduan antara kesesuaian motif dan perilaku yang diungkap itu menyerlah perbezaan antara yang tersurat dan tersirat pada diri yang orang berpura-pura. Jumlah peribahasa ini yang besar dalam perbendaharaan warisan memberikan peringatan tentang betapa jahatnya sikap ini yang boleh membawa kemudaratan masyarakat. Dalam komunikasi, orang yang mahir berperibahasa akan dapat memanfaatkan pengetahuannya dalam menyedarkan masyarakat supaya berhati-hati ke atas orang yang bersifat demikian.

Item Type:Article
Keywords:Peribahasa; Pura-pura; Rupa paras; Lemah-lembut bercakap; Komunikasi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:14998
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 08:07
Last Modified:17 Aug 2020 01:43

Repository Staff Only: item control page