Self-Construal watak protagonis wanita dalam filem Melayu

Nur Azliza Mohd Nor, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2019) Self-Construal watak protagonis wanita dalam filem Melayu. AKADEMIKA, 89 (1(SI)). pp. 163-174. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
296kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1175

Abstract

Bilangan filem yang memaparkan wanita sebagai protagonis adalah amat terhad dalam sejarah perfileman Melayu. Di Malaysia, U-Wei adalah pengarah yang menghasilkan filem Melayu berprotagonis wanita yang paling kontroversi setakat ini. Salah satu daripada empat buah filem U-Wei yang berprotagonis wanita adalah filem Buai Laju-Laju (2004). Filem ini adalah yang ketiga bagi U-Wei tetapi yang pertama diarahnya dalam alaf 21. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan mengkaji identiti watak protagonis Zaiton dalam filem tersebut. Teori Self-Construal oleh Markus & Kitayama (1991) diaplikasikan sebagai kerangka analisis bagi mengetahui sama ada Zaiton adalah Self-Construal interdependent (Timur) ataupun independent Self-Construal (Barat). Sebagai watak Melayu Islam, Self-Construal Zaiton dikaji peranannya sebagai seorang anak, isteri dan anggota masyarakat. Sehubungan dengan itu, persoalan kajian yang diteliti adalah, ‘apakah bentuk Self-Construal Zaiton sebagai seorang anak, isteri dan anggota masyarakat dalam filem Buai Laju-Laju?’ Data bagi artikel ini diperoleh daripada kajian jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Instrumen utama kajian yang dilaksanakan ini adalah temu bual dengan U-Wei, sebagai penulis dan pengarah filem ini. Analisis kandungan turut dilakukan terhadap filem Buai Laju-Laju, di samping penulisan-penulisan lepas. Dapatan dalam artikel ini adalah kognisi, emosi dan motivasi Zaiton lebih banyak dipengaruhi oleh dirinya sendiri berbanding pandangan, perasaan dan matlamat orang lain. Sejajar dengan itu, secara keseluruhannya watak Zaiton didapati lebih cenderung dikelaskan kepada Self- Construal Barat. Atas sebab tersebut juga watak ini didapati bertentangan dengan norma-norma sosial, agama dan budaya Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Identiti; Filem Melayu; Self-Construal; Protagonis; U-Wei Haji Saari
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15000
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Aug 2020 08:15
Last Modified:17 Aug 2020 01:50

Repository Staff Only: item control page