Pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia

Fazilah Idris, and Khadijah Muda, and Khairul Anwar Mastor, (2019) Pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 33-42. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
338kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembentukan model toleransi beragama belia pelbagai etnik di Malaysia. Beberapa konstruk dalam membentuk model toleransi beragama dikenalpasti melalui teori dan kajian-kajian lepas. Seramai 500 orang belia dari etnik Melayu, Cina dan India dari negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Johor dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui edaran soal selidik dengan menggunakan soal selidik Toleransi Sosio-Agama dan pembentukan model berasaskan kepada teori tingkahlaku terancang. Kesahan dan kebolehpercayaan data ditentukan oleh ujian rintis dan nilai Cronbach Alpha bagi setiap item dan konstruk. Data dianalisis secara deskriptif dan statistik inferensi, iaitu Structural Equation Modeling (SEM) digunakan dalam membentuk model toleransi beragama yang sepadan. Data kajian turut menjalani proses Confirmation Factor Analysis (CFA) untuk memastikan data yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang memenuhi syarat dan boleh digunakan untuk pengukuran dan penstrukturan model. Hasil dapatan menunjukkan bahawa model toleransi beragama mencapai tahap kesepadanan apabila beberapa konstruk dan item dibuang dan konstruk yang sepadan adalah sikap dan persepsi menyumbang kepada tingkahlaku toleransi beragama. Namun, kedua-dua faktor ini hanya menyumbang sebanyak 41% sahaja dalam tingkahlaku responden terhadap toleransi beragama. Ini bermakna, selain daripada sikap dan persepsi, beberapa faktor lain perlu dikaji dalam memberi pengaruh kepada tingkahlaku toleransi beragama. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa golongan belia perlu sentiasa didedahkan dengan pergaulan dan interaksi dengan kaum yang berbeza agar tingkahlaku toleransi antara penganut yang berbeza dapat dikekalkan. Sikap-sikap negatif seperti prasangka buruk, sterotaip negatif, prejudis, rasisme, diskriminasi dan etnosentrisma perlu dijauhi dan dielakkan agar keharmonian dalam perbezaan dapat dikekalkan.

Item Type:Article
Keywords:Toleransi beragama; Belia pelbagai etnik; Pembentukan model; Persepsi; Tingkahlaku
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15013
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 02:53
Last Modified:19 Aug 2020 04:36

Repository Staff Only: item control page