Profil jenayah banduan wanita di Malaysia: satu kajian kualitatif

Siti Nurkhairina Mohd Nor, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, (2019) Profil jenayah banduan wanita di Malaysia: satu kajian kualitatif. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 43-56. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
271kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Walaupun perlakuan jenayah kebiasaannya sering menjadi simbol yang dikaitkan dengan golongan lelaki, namun golongan wanita juga tidak terkecuali dalam penglibatan mereka sebagai pelaku jenayah. Jenayah yang dilakukan oleh mereka tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, malah hari demi hari, jenayah yang dilakukan dilihat semakin serius, agresif dan ekstrem. Kajian ini bertujuan untuk meneroka profil jenayah banduan wanita di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara bersemuka, kajian ini dijalankan di dua buah penjara di Semenanjung Malaysia dalam kalangan 21 banduan wanita berwarganegara Malaysia yang melakukan pelbagai jenis jenayah. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk jenis kualitatif yang menggunakan pendekatan falsafah fenomenologi transedental. Satu protokol temu bual yang mengandungi soalan semi struktur dibangunkan sebagai instrumen untuk mengumpul data kualitatif daripada peserta kajian. Data kualitatif ini dianalisis dengan menggunakan kaedah Interpretative Phenomenological Analysis (IPA). Hasil dapatan kajian menunjukkan banduan wanita terlibat dalam empat jenis jenayah dan merupakan jenayah kali pertama. Terdapat motif jenayah yang berbeza dan jenayah dilakukan di lokasi yang tertutup. Sesuatu objek sebagai senjata hanya digunakan di dalam jenayah kekerasan. Selain itu, jenayah yang dilakukan merupakan jenayah bukan perseorangan. Dapatan kajian ini dibincangkan dalam konteks jenayah, kriminologi dan juga psikologi tingkah laku. Diharapkan bahawa hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pihak berkuasa dalam menyelesaikan jenayah-jenayah yang melibatkan wanita sebagai pelaku.

Item Type:Article
Keywords:Banduan wanita; Jenayah; Profil jenayah; Tingkah laku jenayah; Wanita
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15014
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 03:01
Last Modified:19 Aug 2020 06:47

Repository Staff Only: item control page