Zulkeffly Adimun, and Indriaty Ismail, (2019) Ahimsa Mahatma Gandhi: perspektif tokoh Hindu di Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 57-66. ISSN 0126-5008
|
PDF
256kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191
Abstract
Ahimsa, konsep tanpa kekerasan mempunyai pengaruh yang besar samaada dalam dunia akademik, agama, politik dan pergerakan sosial. Ia telah menjadi bahan kajian oleh ramai pengkaji dan juga pengamal politik atau aktivis yang memperjuangkan hak mereka. Makalah ini ditulis untuk mendapatkan perspektif baru berkenaan ahimsa Mahatma Gandhi iaitu daripada tokoh-tokoh Hindu di Malaysia. Objektifnya adalah untuk melihat ahimsa dari sudut pandang tokoh-tokoh agama Hindu di Malaysia, seterusnya menilaikan kebolehterimaannya di dalam negara ini. Kajian ini berekabentuk kualitatif, di mana kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah temubual responden. Temu bual dijalankan melibatkan tokoh-tokoh Hindu yang memegang jawatan penting di Ibu Pejabat pertubuhan mereka di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Data-data yang diperoleh dibentang dalam bentuk deskriptif. Hasil kajian mendapati, ahimsa secara umumnya dapat diterima dalam pengamalan di Malaysia. Namun, terdapat perbezaan pandangan berkenaan pengamalan ahimsa Gandhi dalam konteks dan suasana di negara ini. Ini menunjukkan bahawa Gandhi dengan ahimsanya tidak diterima secara sepakat oleh tokoh-tokoh Hindu walaupun konsep ahimsa ini ada dalam agama mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ahimsa; Mahatma Gandhi; Hindu Malaysia; Tokoh Hindu; Konsep tanpa kekerasan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 15015 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Aug 2020 03:05 |
Last Modified: | 19 Aug 2020 06:52 |
Repository Staff Only: item control page