Ahmad Farhan Abdullah Zakaria, and Mohd. Samsudin, (2019) Pembentukan istilah dan stratifikasi aristokrat Melayu Selangor era Sultan Salehuddin, Sultan Selangor pertama, 1766-1782. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 67-81. ISSN 0126-5008
|
PDF
872kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191
Abstract
Istilah dan stratifikasi aristokrat Melayu Selangor dibentuk pada November 1766. Namun begitu, ia kurang diketengahkan oleh J. M. Gullick (1998), Khoo Kay Kim (1985), Barbara Watson Andaya (1974), Mohd. Yusoff Hashim (2001) dan Abdullah Zakaria bin Ghazali (1999/2000) menyebabkan Abdur-Razzaq Lubis (2018) kurang memahami hal tersebut. Oleh itu, artikel ini bertujuan memperkenalkan konsep istilah dan stratifikasi aristokrat Melayu Selangor yang dibentuk oleh Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak selaku pengasas kesultanan Selangor yang kurang ditonjolkan dalam disiplin sejarah supaya diketahui umum. Tulisan ini akan menganalisis pembentukan kesultanan Selangor pada November 1766 terlebih dahulu. Kemudian, akan mensintesis perkembangan sebelum tokoh-tokoh tersebut diiktiraf sebagai aristokrat Melayu Selangor. Seterusnya, akan menilai seseorang itu sama ada layak diiktiraf sebagai raja serta orang besar Selangor yang merupakan waris negeri Selangor sekaligus aristokrat Melayu Selangor atau sebaliknya dan stratifikasi golongan ini pada era Sultan Salehuddin. Sumber primer antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) dan sumber sekunder digunakan bagi menjawab perkara dikemukakan. Secara keseluruhan, istilah ini merangkumi raja dan orang besar Selangor sekaligus merupakan waris negeri Selangor dibentuk secara sah setelah status entiti politik Selangor diiktiraf sebagai sebuah kerajaan negeri berdaulat pada November 1766 yang diasaskan oleh Sultan Salehuddin. Secara lazimnya, stratifikasi dalam komuniti aristokrat Melayu Selangor tidak diamalkan dalam konteks kesultanan Selangor. Namun begitu, ia wujud dalam konteks ini sekiranya diteliti secara mendalam kerana mempunyai lapisan-lapisan tertentu sama ada sebagai raja atau orang besar Selangor bagi membezakan seseorang itu dalam sesebuah komuniti sosial.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aristokrat Melayu Selangor; Raja Selangor; Orang Besar Selangor; Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak; Kesultanan Selangor |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 15016 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Aug 2020 03:14 |
Last Modified: | 19 Aug 2020 04:18 |
Repository Staff Only: item control page