Pencemaran bunyi bising trafik di Bandar Batu Pahat, Johor

Nur Shazwanie Rosehan, and Azlan Abas, (2019) Pencemaran bunyi bising trafik di Bandar Batu Pahat, Johor. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 97-109. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
926kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Pencemaran bunyi bising trafik di bandar sememangnya tidak dapat dielakkan bagi kawasan yang sedang membangun. Justeru itu, matlamat kajian ini adalah untuk menilai tahap pencemaran bunyi bising trafik di kawasan bandar yang sedang pesat membangun iaitu Bandar Batu Pahat, Johor. Alatan yang digunakan bagi mencerap data kebisingan trafik ialah Integrating Sound Level Meter RS-232. Nilai purata kebisingan serta bilangan kenderaan juga direkodkan bagi kesemua sembilan (9) stesen persampelan Bandar Batu Pahat yang dipilih secara persampelan mudah pada hari bekerja dan hari hujung minggu, di waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa nilai purata tertinggi keseluruhan bagi kawasan pusat bandar ialah 74.0 dBA pada hari hujung minggu mengatasi purata tertinggi pada hari bekerja iaitu 73.0 dBA. Secara keseluruhannya, purata kebisingan bunyi bising trafik di lokasi kajian ini adalah melebihi piawaian yang ditetapkan oleh JAS iaitu melebihi 65 dBA. Oleh itu, perundangan yang berkaitan dengan pencemaran bunyi perlu dikuatkuasakan dengan lebih tegas di samping langkah bukan perundangan. Sementara itu, masyarakat perlu sedar akan bahayanya pencemaran bunyi ini kepada manusia agar dapat bersama-sama membantu dalam meningkatkan kualiti hidup manusia dan pengurusan persekitaran yang sistematik.

Item Type:Article
Keywords:Pencemaran bunyi bising; Trafik; Pencemaran bandar; Bandar Batu Pahat; Pengurusan persekitaran
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15018
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 03:31
Last Modified:19 Aug 2020 06:41

Repository Staff Only: item control page