Persekitaran ekosistem dalam novel kanak-kanak terpilih

Rohayati Junaidi, and Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali, and Madiawati Mustaffa @ Mamat, (2019) Persekitaran ekosistem dalam novel kanak-kanak terpilih. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 111-122. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
252kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menganalisis persekitaran kanak-kanak dari sudut ekosistem dalam novel kanak-kanak yang terpilih. Novel-novel kajian, ialah Memori Atikah (2002), Azrul Wira Anak Laut (2006), Umairah dan Kuda Putih (2008), Suteki De Ne Aleena (2013) dan Rahsia Dhia (2014). Persekitaran yang melingkungi kehidupan kanak-kanak terdiri daripada sistem dan peraturan yang digubal oleh manusia dan organisasi tertentu dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Berdasarkan persekitaran yang melingkungi kanak-kanak dalam novel, didapati persekitaran ekosistem memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini menganalisis persekitaran ekosistem yang melingkungi kehidupan kanak-kanak dalam mempengaruhi perkembangan psikologi dan akademik kanak-kanak. Masalah yang melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan persekitaran ekosistem turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kanak-kanak. Oleh yang demikian, persekitaran ekosistem perlu dititikberatkan dalam novel kanak-kanak supaya memberi panduan kepada ibu bapa khususnya, dan masyarakat amnya terhadap pengaruh ekosistem dalam pembentukan psikologi dan akademik kanak-kanak. Kajian ini mengaplikasikan salah satu prinsip dalam Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979), iaitu ekosistem bagi menganalisis teks pilihan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini kaedah analisis kandungan teks dan kaedah kepustakaan. Dapatan analisis memperlihatkan bahawa persekitaran ekosistem yang terdiri daripada pekerjaan ibu bapa dan sistem pendidikan mempengaruhi perkembangan psikologi dan akademik kanak-kanak. Jelaslah, berdasarkan analisis yang dilakukan memperlihatkan bahawa persekitaran ekosistem menekankan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak dalam membuat keputusan, namun akibat daripada keputusan dan tindakan akan memberi kesan terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak. Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa keperluan persekitaran ekosistem perlu diberi perhatian dalam melahirkan kanak-kanak yang seimbang dari segi psikologi dan akademik.

Item Type:Article
Keywords:Ekosistem; Teori Ekologi Bronfenbrenner; Novel kanak-kanak; Psikologi; Akademik; Persekitaran kanak-kanak
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15019
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 03:35
Last Modified:19 Aug 2020 06:43

Repository Staff Only: item control page