Masyarakat perkampungan Portugis di Jakarta: persanakan, petempatan dan penamaan

Tan, Raan Hann (2019) Masyarakat perkampungan Portugis di Jakarta: persanakan, petempatan dan penamaan. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 123-137. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
856kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Walaupun Portugis tidak pernah menjajah Batavia (Jakarta), tetapi jejaknya masih dapat dilihat. Sebagai contoh, kewujudan Kampung Tugu yang juga dikenali sebagai Perkampungan Portugis di Jakarta Utara. Mengikut sejarah, golongan Mardijker (orang merdeka)adalah sebuah kelompok masyarakat yang memperolehi kemerdekaan daripada bekas penjajah Belanda. Kelompok ini adalah pengasas Kampung Tugu sejak tahun 1661 dan merupakan nenek moyang orang Tugu. Selama beberapa dasawarsa, orang Tugu masih merujuk diri mereka sebagai “keturunan Portugis”. Sehingga ke hari ini, kajian dan laporan media mengenai Kampung Tugu lebih terarahkepada muzik tradisional mereka, iaitu Keroncong Tugu. Meskipun pelbagai kajian dan laporan telah dihasilkan, kekurangan penyelidikan melalui kaedah etnografi mengenai Kampung Tugu dapat dikesan. Justeru,makalah ini bermula daripada konteks masyarakat Batavia, Kaum Mardijkers dan seterusnya mendalami aspek kekeluargaan orang Tugu pada zaman ini. Metodologi kajian adalah berdasarkan data primer melalui kerja lapangan di Jakarta dan data sekunder dari naratif sejarah serta kajian linguistik. Kajian ini menunjukkan bahawa bukan sahaja di Kampung Tugu, tetapi komuniti Portugis juga wujud di Pejambon, Jakarta Pusat—akibat daripada diaspora yang berlaku pada tahun 1950-an. Kajian ini mendapati bahawa, salasilah keluarga sering digunakan dalam wacana orang Tugu sebagai penjelasan terhadap dakwaan mereka yang dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan keturunan Portugis atau “Orang Tugu Asli.” Namun begitu, hasil temubual, kajian salasilah keluarga, tinjauan isi rumah, istilah kekeluargaan dan penamaan menunjukkan bahawa orang Tugu merupakan sebuah masyarakat yang majmuk.

Item Type:Article
Keywords:Mardijkers; Kampung Tugu; Keroncong; Kreol Portugis; Persanakan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15020
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 03:39
Last Modified:19 Aug 2020 06:49

Repository Staff Only: item control page