Dialek Melayu Perlis: pemetaan geodialek beraplikasikan GIS

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Harishon Radzi, and Junaidi Kasdan, and Muhammad Faiz Aizuddin Suhami, (2019) Dialek Melayu Perlis: pemetaan geodialek beraplikasikan GIS. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 139-154. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Perlis ialah sebuah negeri yang unik kerana bersempadan dengan sebuah negara asing di utaranya iaitu Thailand dan dengan sebuah negara tempatan di selatannya iaitu Kedah. Kedudukannya yang unik ini turut memberikan impak kepada dialek Melayu yang dituturkan oleh penutur natif di Perlis. Justeru kajian ini akan cuba mengkaji taburan dialek Perlis serta sempadan dialek dalam negeri Perlis. Kajian distribusi dialek ini dikenali sebagai dialek geografi. Dialek geografi juga dikenali sebagai geodialek. Kajian ini mengenal pasti sempadannya melalui pemilihan taburan variasi leksikal di Perlis menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS). Teknologi ini digunakan bagi melakar peta lengkap dan tepat yang mampu menghuraikan penyebaran dialek seterusnya membentuk peta isogloss yang lebih canggih. Teknologi GIS ini mempunyai kebolehan untuk memproses data raya serta berkemampuan untuk mengenal pasti dialek yang berbeza dengan tepat dan cepat walaupun kawasan itu luas. Kajian ini meneliti variasi bagi tiga butir leksikal yang melibatkan 660 orang responden di 18 buah mukim, merangkumi 66 buah kampung di Perlis. Responden ditemu bual bagi mendapatkan variasi bagi leksikal /punggung/, /baling/, dan /comot/. Kajian ini berjaya membahaskan satu penemuan baru bahawa terdapat beberapa variasi leksikal yang mewakili variasi dialek Perlis. Antara dialek yang dikenal pasti ialah Dialek Melayu Kedah dan Dialek Melayu Satun. Kajian ini juga Berjaya mengenal pasti subdialek Perlis yang hanya muncul di beberapa tempat sahaja berikutan kurangnya penutur subdialek ini. Selain itu, kajian ini membahaskan bahawa faktor-faktor penyebaran variasi dialek adalah dikaitkan dengan faktor sejarah dan faktor geografi.

Item Type:Article
Keywords:Geodialek; Sistem Maklumat Geografi (GIS); Geodialek; Perlis; Dialek Melayu; Peta
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15021
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 03:44
Last Modified:19 Aug 2020 04:21

Repository Staff Only: item control page