Saripah Osman, and Khairos Md Saini, (2019) Analisis trend indeks harga dan taburan jenis perumahan mengikut kelas sosioekonomi di Kuala Lumpur. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 155-168. ISSN 0126-5008
|
PDF
994kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191
Abstract
Rumah merupakan satu keperluan asas yang harus dimiliki bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Namun begitu, isu harga rumah yang tidak konsisten dan mampu milik menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk. Secara umum, keadaan ini berpunca daripada peningkatan harga rumah yang dipengaruhi oleh nilai tanah, dan jarak daripada pusat bandar. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada indeks harga rumah dan taburan jenis perumahan yang wujud di sekitar bandar Kuala Lumpur. Data yang diperoleh daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPPHKL) dijadikan sebagai sumber utama untuk mengenal pasti indeks harga rumah dan jenis perumahan. Untuk memaparkan imej secara visual, Sistem Maklumat Geografi (GIS) akan diguna pakai untuk menganalisis taburan. Indeks harga rumah di sekitar bandar Kuala Lumpur dilihat semakin meningkat secara konsisten merangkumi semua jenis perumahan yang ditawarkan. Nilai tanah yang semakin meningkat di Kuala Lumpur menyebabkan wujudnya taburan jenis perumahan yang tersendiri dan dapat dikaitkan dengan tahap sosioekonomi penduduk. Perumahan jenis kondominium yang hanya mampu dimiliki golongan berpendapatan tinggi cenderung untuk dibina berdekatan dengan pusat bandar. Manakala, taburan rumah pangsapuri adalah lebih seragam dan rumah teres jauh di pinggir bandar. Kedua-dua jenis perumahan ini kebiasaannya dimiliki oleh golongan pertengahan. Taburan perumahan pangsa yang dibina untuk kelompok berpendapatan rendah juga adalah lebih seragam. Oleh itu, adalah penting untuk pihak berkuasa tempatan mengambil kira harga dan jenis taburan perumahan sebagai panduan sebelum menyediakan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Harga rumah; Trend; Taburan perumahan; Jarak dari pusat bandar; Taraf sosioekonomi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 15022 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Aug 2020 03:48 |
Last Modified: | 19 Aug 2020 06:46 |
Repository Staff Only: item control page