Fasa peralihan nelayan laut dalam serta kesan ke atas ekonomi,sosiobudaya dan persekitaran

Norfatiha Othman, and Abdul Rahman Abdul Latip, and Nor Hayati Sa’at, (2019) Fasa peralihan nelayan laut dalam serta kesan ke atas ekonomi,sosiobudaya dan persekitaran. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 169-185. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Globalisasi dalam industri perikanan telah memberi kesan kepada pendapatan negara, pendapatan nelayan dan interaksi sosial di Malaysia khususnya di Wilayah ECER. Makalah ini mempunyai dua tujuan, pertama membincangkan perkembangan industri perikanan di wilayah ECER; kedua, meneliti kesan perkembangan industri perikanan dan kaitannya dengan titik peralihan nelayan laut dalam. Kajian menggabungkan data primer dan data sekunder untuk mendapatkan hasil kajian. Kajian dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dengan menemu bual 17 orang informan yang terdiri daripada juragan laut dalam. Informan dipilih menerusi pensampelan bertujuan dan pensampelan bola salji. Kajian dilakukan di wilayah ECER (East Coast Economic Region) yang melibatkan empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur. Hasil temu bual ditranskripsikan dalam bentuk data verbatim iaitu sedutan kata daripada informan. Data verbatim dianalisis menggunakan analisis tematik yang melibatkan proses pengekodan, pengkategorian dan akhirnya pengeluaran tema bagi menjawab soalan kajian.Analisis kajian mendapati bahawa perkembangan industri perikanan mempengaruhi proses peralihan yang berlaku kepada nelayan laut dalam. Peralihan tersebut menunjukkan bahawa nelayan laut dalam dapat menerima perubahan yang berlaku dalam industri perikanan. Malah proses peralihan nelayan itu sendiri memberi kesan dari segi sosial, ekonomi, fizikal dan polisi kepada industri perikanan. Penemuan penting adalah nelayan laut dalam khususnya sebahagian juragan laut dalam telah menjadi pengusaha perikanan atau usahawan perikanan yang dikenali sebagai juragan-pengusaha. Pengiktirafan juragan-pengusaha sebagai usahawan secara tidak langsung memberi kesan kepada polisi strategik dalam industri perikanan berkaitan dengan jaminan keselamatan makanan negara.

Item Type:Article
Keywords:Peralihan nelayan; Industri perikanan; Globalisasi; Nelayan laut dalam; Juragan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15023
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 03:54
Last Modified:19 Aug 2020 06:39

Repository Staff Only: item control page