Sikap pihak berkepentingan terhadap teknik fogging di Malaysia

Latifah Amin, and Ahmad Firdhaus Arham, and Zurina Mahadi, and Muhammad Rizal Razman, and Noor Sharizad Rusly, (2019) Sikap pihak berkepentingan terhadap teknik fogging di Malaysia. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 187-200. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1191

Abstract

Pelbagai teknik pengawalan denggi telah diperkenalkan dalam usaha untuk melindungi kesihatan masyarakat umum dan mempromosi alam sekitar tanpa denggi. Namun, fogging kekal sebagai teknik kaedah utama untuk mengawal vektor denggi di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menilai dan membandingkan tahap sikap terhadap teknik fogging merentas faktor jantina, pihak berkepentingan, agama, tahap pendidikan dan umur. Seramai 399 responden dewasa di kawasan Lembah Klang, Malaysia telah dipilih berdasarkan persampelan rawak mudah untuk terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati pihak berkepentingan dalam kalangan saintis dan orang awam amat yakin kepada kewibawaan pihak berkeutamaan seperti kerajaan, institusi penyelidikan dan industri pengeluar racun serangga atau farmaseutikal yang terlibat dalam pengawalan denggi. Mereka menganggap fogging sebagai mempunyai faedah yang tinggi disamping mendapat galakan yang tinggi bagi pengunaannya. Namun, mereka juga bersikap berhati-hati dengan mengakui ‘fogging’ juga mempunyai risiko yang sederhana. Pihak berkepentingan dalam kajian ini mengakui mempunyai komitmen keagamaan yang tinggi. Malahan, mereka lebih cenderung untuk mengutamakan alam semulajadi berbanding nilai material. Ujian MANOVA sehala telah mengesan perbezaan signifikan merentas faktor jantina, pihak berkepentingan, agama, tahap pendidikan dan umur. Analisis Post Hoc mengesahkan perbezaan yang signifikan bagi tanggapan risiko dan galakan merentas umur, sementara komitmen keagamaan merentas tahap pendidikan. Manakala analisis lanjutan ANOVA mengesahkan perbezaan signifikan tanggapan risiko merentas pihak berkepentingan, sementara komitmen keagamaan berbeza merentas jantina danagama. Hasil kajian ini penting sebagai penanda aras yang bermanfaat kepada pihak yang terlibat dalam pengawalan denggi untuk memahami sikap pihak berkepentingan terhadap teknik fogging.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Pihak berkepentingan; Teknik fogging; Latar belakang berbeza; Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:15025
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Aug 2020 04:03
Last Modified:19 Aug 2020 04:51

Repository Staff Only: item control page