Chung, Jennifer and Nor Azira Zamada, and Nurul Ain Najihah Baharun, and Suhaina Sulaiman, and Hamidah Alias, and Nurul Huda Razalli, (2020) Keberkesanan bahan pendidikan bercetak untuk pengurusan pemakanan dalam kalangan penjaga pesakit kanser kanak-kanak. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 18 (1). pp. 1-10. ISSN 1675-8161
|
PDF
535kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/688
Abstract
Malpemakanan dalam kalangan pesakit kanser kanak-kanak adalah perkara yang seringkali terjadi semasa menjalani rawatan kanser dan sekiranya tidak diuruskan dengan baik boleh membawa implikasi negatif. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membina bahan pendidikan bercetak yang bertajuk “Penjagaan Pemakanan untuk Penjaga Kanser Kanak-Kanak” bagi membantu penjaga kanser kanak-kanak dari segi pengurusan pemakanan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) penjaga sebelum dan selepas menerima bahan pendidikan bercetak serta menilai penerimaan bahan pendidikan bercetak yang dibina dalam kalangan penjaga. Kajian ini berbentuk kuantitatif (kuasi-eksperimen)nyang melibatkan penjaga pesakit kanser kanak-kanak di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) (n=34) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) (n=34). IPHKL berfungsi sebagai kumpulan eksperimen yang menerima bahan pendidikan bercetak yang dibina manakala PPUKM sebagai kumpulan kawalan menerima risalah yang diterbit oleh Institut Kanser Negara bertajuk“Terapi diet pesakit kanser-kesan sampingan rawatan dan cara mengatasinya”. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) bagi tahap KAP penjaga untuk kedua-dua kumpulan dengan peningkatan terbanyak bagi kumpulan eksperimen. Skor KAP bagi kumpulan eksperimen adalah 70 ± 8% dan meningkat secara signifikan kepada 92 ± 10% selepas membaca bahan pendidikan bercetak, menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan di mana skor sebelum adalah 70 ± 11% dan meningkat kepada 77 ± 10%. Bagi penilaian penerimaan, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi min skor antara kumpulan eksperimen (48.85 ± 4.931) dan kumpulan kawalan (42.29 ± 6.834) dengan ujian t=4.538. Kesimpulannya, bahan pendidikan bercetak yang dibina dapat diterima dengan baik dan berpotensi untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan pemakanan kanser kanak-kanak semasa rawatan dalam kalangan penjaga dengan berkesan. Ini boleh memperbaiki status pemakanan pesakit kanser kanak-kanak untuk mendapatkan hasil klinikal yang lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kanser kanak-kanak; Malpemakanan; Bahan pendidikan bercetak; Keberkesanan; Penjaga |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 15035 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Aug 2020 00:47 |
Last Modified: | 19 Aug 2020 07:05 |
Repository Staff Only: item control page