Tinjauan perkembangan penghasilan pengganti darah

Mislia Othman, and Muhammad Azrul Zabidi, (2020) Tinjauan perkembangan penghasilan pengganti darah. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 18 (2). pp. 59-72. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
538kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/689

Abstract

Kertas tinjauan ini bertujuan untuk membentangkan satu pandangan menyeluruh perkembangan lepas dan terkini mengenai pengganti darah terutamanya pengganti sel darah merah atau pengangkut oksigen tiruan. Pengetahuan tentang darah manusia telah diinspirasi daripada kefahaman berkaitan sistem peredaran darah manusia. Ibn Nafis ialah yang pertama memperincikan bahawa darah mengalir melalui sistem respiratori sebelum masuk ke jantung. Dapatan tersebut menafikan tuntutan bahawa terdapat rongga halus pada septum jantung. William Harvey seterusnya memperincikan sistem kardiovaskular manusia secara lebih mendalam dan telah menyumbang kepada kefahaman yang lebih baik terhadap peranan darah dalam tubuh. Percubaan beberapa pemindahan darah menggunakan darah manusia, haiwan dan pengganti darah lain seperti susu sebelum amalan tersebut diharamkan selama lebih 150 tahun di Eropah. Perkembangan utama berkaitan kumpulan darah dan reaksi antibodi telah menjadikan pemindahan darah lebih selamat. Walau bagaimanapun, beberapa isu dan cabaran telah mencetuskan semula penerokaan untuk membangunkan pengganti sel darah merah. Dua pendekatan telah diambil untuk membangunkan pengganti sel darah merah yang telah diklasifikasikan kepada pengangkut oksigen berasaskan biologi dan kimia. Usaha-usaha terawal adalah pembangunan pengangkut oksigen berasaskan hemoglobin (HBOC) dan perfluorocarbon (PFC) sementara perkembangan terkini adalah pengangkut oksigen berasaskan polimer dan sel darah merah diperolehi daripada sel tunjang secara in-vitro.

Item Type:Article
Keywords:Pengganti darah; Pengangkut oksigen tiruan; Pengganti sel darah merah
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:15069
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Aug 2020 03:49
Last Modified:19 Aug 2020 08:54

Repository Staff Only: item control page