Faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi obesiti juara sihat daripada perspektif kanak-kanak: satu kajian kualitatif

Mok, Wilfred Kok Hoe and Devanthini Dewi Gunasekaran, and Wee, Lei Hum and Poh, Bee Koon and Ruzita Abd. Talib, (2019) Faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi obesiti juara sihat daripada perspektif kanak-kanak: satu kajian kualitatif. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17 ((SI)). pp. 157-167. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1247

Abstract

Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak secara global telah meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun ini, termasuk di Malaysia. Intervensi obesiti yang dijalankan di sekolah penting untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan perubahan tingkah laku. Terdapat banyak intervensi yang telah dijalankan bagi menangani masalah obesiti kanak-kanak; namun, kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak sering kali diabaikan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka persepsi kanak-kanak tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi Juara Sihat di sekolah rendah di Kuala Lumpur. Temu bual bersemuka mendalam dijalankan dengan 26 responden berumur 12 hingga 14 tahun yang dipilih melalui persampelan bertujuan daripada kanak-kanak yang terlibat di dalam program Juara Sihat tersebut. Transkripsi data verbatim dilakukan dan analisis tema dijalankan. Kajian ini mendapati tema utama yang dikenalpasti sebagai faktor penggalak adalah (1) sokongan keluarga, fasilitator, guru sekolah, dan kawan-kawan; (2) amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat selepas intervensi; (3) kesedaran kendiri; (4) pengetahuan terhadap piramid makanan dan pemakanan sihat; dan (5) persekitaran rumah, manakala faktor penghalang adalah (1) tidak konsisten dalam pengetahuan; (2) keselamatan diri; (3) rakan sebaya; (4) sikap peribadi; dan (5) bosan terhadap program. Hasil kajian menunjukkan faktor penggalak kemapanan intervensi Juara Sihat yang utama adalah amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat, manakala faktor penghalang utama adalah tidak konsisten dalam pengetahuan. Oleh itu, intervensi obesiti kanak-kanak berasaskan sekolah perlu mempertimbangkan faktor-faktor ini yang mempengaruhi kemapanan intervensi. Kajian masa depan dicadangkan untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut ketika perancangan program intervensi obesiti kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan intervensi obesiti untuk jangka masa yang lebih panjang.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak; Kemapanan; Intervensi; Obesiti; Temu bual mendalam
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:15084
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Aug 2020 07:15
Last Modified:24 Aug 2020 07:49

Repository Staff Only: item control page