Kajian rintis peramalan siri masa SO2 melalui pendekatan kalut di kawasan bandar

Ahmad Basri Ruslan, and Nor Zila Abd Hamid, and Khairunnisa Che Jusoh, (2020) Kajian rintis peramalan siri masa SO2 melalui pendekatan kalut di kawasan bandar. Journal of Quality Measurement and Analysis, 16 (1). pp. 17-27. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
623kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/current.html

Abstract

Pencemaran udara adalah suatu krisis yang boleh membahayakan jika terdedah kepadanya dalam kepekatan yang tinggi. Terdedah kepada bahan pencemar boleh memberikan kesan kepada manusia dan juga alam sekitar. Kajian rintis ini dijalankan untuk mengesan dinamik kalut pada siri masa SO2, dan menggunakan kaedah yang ditambah baik untuk memilih parameter k. Data siri masa SO2 dalam kajian ini telah dicerap di Shah Alam pada bulan Oktober 2017. Pengesanan dinamik kalut dalam siri masa SO2 berjaya dikesan melalui kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Penentuan tiga parameter , dan mk dilakukan sebelum proses peramalan. Nilai dan m melalui penetapan 1 dan kaedah Cao. Nilai k ditentukan dengan kaedah plot graf k melawan pekali korelasi ()pk . Nilai k yang menghasilkan nilai pk yang maksimum akan direkodkan. Proses peramalan dilakukan dengan menggunakan tiga kaedah, iaitu Kaedah Penghampiran Purata Setempat (KPPS), Kaedah Penghampiran Linear Setempat (KPLS) dan Kaedah Penghampiran Linear Setempat Ditambah Baik (KPLSD). Peramalan menggunakan KPLSD menunjukkan prestasi peramalan yang terbaik dengan gabungan parameter 1, 6m dan 18k yang menghasilkan 0.7831pk . Ini menunjukkan peramalan ke atas siri masa SO2 boleh dilakukan menggunakan pendekatan kalut. Penambahbaikan ke atas penentuan nilai k juga boleh meningkatkan prestasi model peramalan ke atas siri masa SO2 di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:SO2; Dinamik kalut; Plot ruang fasa
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:15088
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Aug 2020 01:29
Last Modified:25 Aug 2020 00:42

Repository Staff Only: item control page