Simulasi trafik di beberapa persimpangan utama di bandar raya Melaka

Liong, Choong-Yeun and Muhammad Zahid Syahmi, and Sakhinah Abu Bakar, and Fatimah Abdul Razak, (2020) Simulasi trafik di beberapa persimpangan utama di bandar raya Melaka. Journal of Quality Measurement and Analysis, 16 (1). pp. 37-51. ISSN 1823-5670

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/current.html

Abstract

Kesesakan lalu lintas pada waktu puncak adalah satu daripada isu yang sering berlaku di Malaysia. Hal ini boleh menyebabkan pembaziran masa, wang serta memberi tekanan emosi kepada pemandu. Sistem kawalan lampu isyarat yang kurang berkesan adalah satu daripada faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Walaupun kebanyakan sistem lampu isyarat telah menggunakan teknologi sensor bagi meningkatkan kecekapan, namun masih berlaku kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Kajian ini membuat simulasi terhadap beberapa persimpangan utama di bandar raya Melaka pada waktu puncak bagi menganalisis kesesakan trafik yang berlaku di persimpangan tersebut. Seterusnya, beberapa model susunan sistem lampu isyarat digunakan untuk melihat keberkesanan dalam mengurangkan purata masa menunggu dan jumlah kenderaan yang menunggu di setiap lorong. Suatu model alternatif yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara luar turut dimodelkan ke dalam sistem simulasi tersebut. Hasil simulasi menunjukkan purata masa menunggu dan jumlah kenderaan yang menunggu di setiap lorong di persimpangan tersebut dapat dikurangkan dengan menukar urutan dan fasa pada sistem lampu isyarat.

Item Type:Article
Keywords:Pemodelan simulasi; Lampu isyarat; Kesesakan; Persimpangan; Arena
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:15090
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Aug 2020 01:38
Last Modified:25 Aug 2020 00:46

Repository Staff Only: item control page