Nur Riza Mohd Suradi, and Shuhada Manap, and Norhafizah Ghazali, and Zalina Mohd Ali, and Wan Rosmanira Ismail, (2020) Pengaruh kepimpinan terhadap budaya, pengurusan perubahan dan produktiviti serta kesannya terhadap prestasi institusi pengajian tinggi. Journal of Quality Measurement and Analysis, 16 (1). pp. 69-77. ISSN 1823-5670
|
PDF
328kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/current.html
Abstract
Pengukuran prestasi mengikut acuan sendiri adalah lebih tepat dan bermakna dalam memerihalkan sistem pengurusan prestasi sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya yang melibatkan nilai-nilai teras. Kajian telah dijalankan dalam menguji nilai-nilai teras dalam beberapa konstruk yang mempengaruhi prestasi organisasi seperti kepimpinan, budaya, pengurusan perubahan serta produktiviti yang menyokong model teori, iaitu Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (VBPTEM) khususnya di IPT. Soal selidik telah diedarkan di beberapa IPT awam dan sebanyak 537 soal selidik digunakan untuk dianalisis. Pendekatan kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) digunakan untuk menyelidiki pengaruh nilai-nilai teras konstruk terhadap prestasi IPT. Berdasarkan analisis pemodelan yang dijalankan, didapati sebahagian besar sumbangan adalah signifikan, iaitu konstruk kepimpinan mempengaruhi budaya dan pengurusan perubahan organisasi yang turut mempengaruhi produktiviti. Konstruk pendam produktiviti pula didapati mempunyai kesan yang signifikan terhadap prestasi IPT. Sumbangan nilai-nilai teras dalam konstruk produktiviti turut menerangkan sebanyak 67.5% variasi dalam prestasi IPT.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Nilai teras; Prestasi universiti; Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 15093 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Aug 2020 01:51 |
Last Modified: | 25 Aug 2020 00:51 |
Repository Staff Only: item control page