Persepsi kendiri murid terhadap tugasan analisis teks dalam mata pelajaran Sejarah

M. Kaviza, (2020) Persepsi kendiri murid terhadap tugasan analisis teks dalam mata pelajaran Sejarah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (5). pp. 15-25. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
457kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1271

Abstract

Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi kendiri terhadap tugasan analisis teks dari segi minat, kompetensi, pilihan dan tekanan. Seramai 55 orang murid Tingkatan Empat berdasarkan teknik persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Task Evaluation Inventory yang diadaptasi yang telah disahkan oleh dua orang pakar penilai dalam pendidikan sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik merupakan instrumen kajian ini. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPPS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi kendiri terhadap tugasan analisis teks secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Tambahan pula, persepsi kendiri dari aspek minat, kompetensi dan pilihan berada pada tahap tinggi, manakala persepsi kendiri dari aspek tekanan pula berada pada tahap rendah dalam kajian ini. Implikasi kajian ini telah mencadangkan bahawa guru-guru sejarah untuk mereka bentuk tugasan analisis teks sebagai salah satu aktiviti pembelajaran efektif di dalam kelas.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran sejarah; Persepsi kendiri; Tugasan analisis; Sumber teks
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:15162
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2020 07:32
Last Modified:14 Sep 2020 00:41

Repository Staff Only: item control page