Pengaruh media terhadap sokongan kepada parti politik di Malaysia

Nur Ellyanis Mohd Basori, and Junaidi Awang Besar, (2020) Pengaruh media terhadap sokongan kepada parti politik di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (5). pp. 62-80. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
521kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1271

Abstract

Akses sumber maklumat kini wujud dalam pelbagai jenis sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tidak kiralah apa bentuk dan rupa sumber maklumat itu, iainya mampu mempengaruhi pemikiran dan tindak tanduk seseorang dalam kecenderungan memilih sesebuah parti politik. Bagi konteks pilihan raya di Malaysia, sebelum wujudnya media alternatif atau online, rakyat Malaysia banyak bergantung harap dan lebih mempercayai media arus perdana sehingga ppengaruh parti politik Barisan Nasional (BN) dilihat lebih kuat. Namun begitu, apabila media alternatif menguasai pengaruh sumber maklumat yang boleh diakses tanpa had, landskap politik Malaysia semakin berubah dan pengaruh BN juga terhakis sedikit demi sedikit sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Justeru, adalah menjadi objektif penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh media terhadap sokongan kepada parti politik di Malaysia. Berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada 96,684 orang responden di seluruh Malaysia, hampir kebanyakannya mendapatkan maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Whataspp. Kecenderungan pengundi yang mengakses maklumat melalui media alternatif ini menunjukkan sokongan mereka lebih kepada parti pembangkang memandangkan parti ini yang banyak menguasai media alternatif. Disebabkan itu juga, pengaruh media alternatif ini telah berjaya mengubah landskap politik negara apabila tumbangnya kerajaan BN memandangkan media arus perdana dilihat ketinggalan jauh dalam memainkan peranannya sebagai ejen penyebar maklumat yang unggul.

Item Type:Article
Keywords:Pengaruh media; Media arus perdana; Media alternatif; Parti politik; Pilihan raya
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:15165
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Sep 2020 07:49
Last Modified:14 Sep 2020 00:51

Repository Staff Only: item control page