Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja

Tan, Kim Hua and Nurul Amira Sabri, (2020) Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (5). pp. 132-143. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1271

Abstract

Pencelahan berlaku apabila seorang penghujah berhasrat meneruskan hujah tetapi dihentikan tanpa persetujuan oleh penghujah lain. Dalam alam pekerjaan, hal ini kerap berlaku semasa mesyuarat, namun begitu, pencelahan tidak bersifat menganggu secara mutlak kerana terdapat celahan yang koperatif. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif khususnya pendekatan etnografi. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja. Pencelahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu. Pencelahan koperatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu persetujuan, bantuan dan pencerahan manakala pencelahan yang mengganggu boleh dibahagikan kepada tiga jenis juga, iaitu pencelahan disebabkan ketidaksepakatan, peralihan penghujah dan turutan berbicara, serta perubahan topik. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab tiga persoalan iaitu pertama, untuk mengenal pasti jenis pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja; kedua, untuk mengenal pasti kekerapan pencelahan dan ketiga, untuk menyiasat alasan pencelahan itu berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa terdapat dua kategori utama iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu, di mana pencelahan koperatif berlaku dengan lebih kerap. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat enam alasan mengapa pencelahan berlaku dalam sesuatu mesyuarat.

Item Type:Article
Keywords:Pencelahan; Mesyuarat; Pekerjaan; Pencelahan koperatif; Pencelahan yang mengganggu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:15169
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Sep 2020 00:10
Last Modified:14 Sep 2020 00:17

Repository Staff Only: item control page