Muhamad Fuad Abdul Karim, and Mohamad Fauzi Sukimi, (2020) Subbudaya kumpulan mat rempit: interpretasi penggunaan bahasa di kalangan ahli kumpulan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (5). pp. 154-163. ISSN 1823-884x
|
PDF
278kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/ebangi/issue/view/1271
Abstract
Artikel ini membincangkan kajian aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit dan sub-budaya bahasa yang digunakan dalam interaksi mereka di Negeri Melaka. Permasalahan kajian mengkhusus kepada aktiviti dan interpretasi amalan sub-budaya bahasa di kalangan mereka. Pengkaji telah memilih tujuh orang informan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan kaedah judgemental dalam satu kerja lapangan di Ayer Keroh, Melaka. Informan yang dipilih adalah Mat Rempit iaitu lelaki Melayu lingkungan umur 16 hingga 26 tahun. Kesemua informan ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit dan menginterpretasi elemen-elemen sub-budaya bahasa yang diamalkan oleh mereka. Kajian mendapati sub-budaya bahasa dibentuk dalam cara dan kaedah yang pelbagai. Bahasa tersebut mempunyai maksud tersurat dan tersirat dalam mewujudkan nilai keakraban dan rasa selamat semasa menjalankan aktiviti ahli kumpulan Mat Rempit.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Subbudaya; Bahasa; Devian; Penyelesaian kolektif; Identiti sosial |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 15171 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Sep 2020 00:18 |
Last Modified: | 14 Sep 2020 00:19 |
Repository Staff Only: item control page